AKU MALAS

AKU MALAS
Kemalasan mengamit jemari sehingga merasakan apa yang di hati perlu dicoret. Pengertian akan makna malas itu hanya menjelaskan kepada rasa yang wujud untuk aku bergerak dikala enggan lagi berdiam diri. Ya, aku malas untuk berdiam diri. Ada yang menyatakan malas itu tidak elok, namun bagiku ia bergantung kepada pengamatan definisi malas itu dari aspek peribadi bukannya fonetik semata-mata. Sehinggakan aku terfikir untuk berhenti namun masih juga mata membaca blog ini... malas untuk berhenti? Selamat datang ke dalam blog Aku Malas, kisah di sebalik kehidupan di tanah ini.(Sarawak Blogger)

Kawan-kawan

Cuti yang mengemukkan

Salam sejahtera kepada yang sedang membaca blog ini. Aku ingin berkongsi apa yg aku rasa pada diri ini. Cuti yang indah ini terasa sangat bahagia bersama keluarga yang tersayang, sampaikan makan berselera, tidur semakin nyenyak dan segalanya nampak sempurna sehinggakan aku merasakan perut aku pulak makin sempurna dengan lapisan lemak2 bahagia!hehehe! Kira ok la lemak-lemak bahagia.. jangan jer kolestrol bahagia / bahaya.
Time cuti sebegini, sememangnya seronok meluangkan masa bersama keluarga yg jarang aku temukan takala aku berada di dunia IPGKS Miri. Jadi apa salahnya semasa cuti ini, aku bekukan kenangan indah ini dalam foto. Lihatlah telatah adik-adik aku tika bergambar. HAhaha!
Makan malam bersama keluarga adalah saat yang menarik. Segala cerita boleh dikongsikan pada saat ini. Mak pula rajin menasihati kami semasa makan. katanya "Semasa makan, nasihat itu akan ditelan bersama nasi."
Jadi, aku yg merasakan semakin gemuk ini mulalah berusaha mengeluarkan peluh! Hahaha! antaranya dengan kaedah ketawa puas puas sampai kejang perut semasa menonton cerita lawak dan bersenam di luar rumah. 
Demikianlah kehidupan aku semasa cuti ini. Semoga anda yang berada di luar sana bercuti dengan penuh kabahagiaan. Bye3. (^___^)

4 Comment:

hainom OKje said...

kalu lemak tu boleh gunting untuk hilang kan senang ek!!!

Encik H said...

lately ni aku agak bizi la bro..kat ofis xde internet..makin jarang dah aku komen2 kat sini..huk2

AkuMalas said...

@hainom OKjeYe lah..kalau semudah itu..tentu semua orang akan kelihatan ramping.

AkuMalas said...

@Encik HHehehe,tak apa mr H! utamakan tangung jawab..kalau ada masa jenguk2 la kawan2 di sini.Aku pun jarang online..line internet x seberapa di area kampung ni. Selamat menjalankan tugas.

Post a Comment

Tanya la apa sahaja, nanti aku cuba jawab sebagai pemalas. Thanks. +1 Luck pada yang comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Aku dah Tulis

Recent Posts Widget

Featured Post

FZ 150 berkepala Kawasaki Z

You ingat manusia saja dapat buat pembedahan kosmetik tukar hidung tukar mata? Itu belum cukup dahsyat sebab manusia setakat tukar hidung ...