AKU MALAS

AKU MALAS
Kemalasan mengamit jemari sehingga merasakan apa yang di hati perlu dicoret. Pengertian akan makna malas itu hanya menjelaskan kepada rasa yang wujud untuk aku bergerak dikala enggan lagi berdiam diri. Ya, aku malas untuk berdiam diri. Ada yang menyatakan malas itu tidak elok, namun bagiku ia bergantung kepada pengamatan definisi malas itu dari aspek peribadi bukannya fonetik semata-mata. Sehinggakan aku terfikir untuk berhenti namun masih juga mata membaca blog ini... malas untuk berhenti? Selamat datang ke dalam blog Aku Malas, kisah di sebalik kehidupan di tanah ini.(Sarawak Blogger)

Kawan-kawan

Part 12: Mr.Eyebrow Penipu Penipu BALIK KAMPONG LAH OI!!!

Salam sejahtera kepada semua yang membaca blog ini. Aku nak share pengalaman berkaitan balik kampung. Ye la, dulu tu zaman2 masih bersekolah, aku mengakui aku ni memmang penghuni asrama. Dalam sebulan cuma 2 kali jer boleh balik. Sebab sekolah kami hanya membenarkan budak2 balik setiap 2 minggu. Dipendekkan cerita pengalaman yang lalu itu aku bawa ke dunia sekarang ni. Aku ingat pengalaman semasa bersekolah itu tidak berulang. Penipuan terus berleluasa sehingga ke saat ini. Hahaha! Banyak yang jadi penipu bila time musim balik bercuti. Menipu macam mana ni? Hahahhaa! Jom tengok gamnar di bawah!

Klik pada gambar untuk ZOOM!!

Penipuan 1:
 Time balik kampung terasa semua barang tu ringan. Tapi time turun kuliah, buku sebijik pun rasa x dapat pun angkat. Apa lagi nak angkat kepala time hari Isnin.


Penipuan 2:
 Semua orang mampu menjadi artis rupanya. HAhaha! Bila balik kampung, banyak la yang menjadi artis. X sangka yg ku sangka x cantik selama ini sebenarnya sangat cantik dan menduga jiwa ragaku dilaka menaiki bas balik kampung!


Sekian sahaja untuk kali ini. Jangan marah yerr, kita ni adalah manusia yang kreatif. Setiap insan memiliki kisah hidup yang disimpan dalam kotak hati. Personaliti sebenar kita x selalunya diluahkan dalam bentuk penampilan dan fesyen dan seni dan dan dan.. banyak lagi. Kalau kat sekolah, banyak yang x boleh buat. Hanya di hujung minggu dan time balik kampung sahaja kita dapat menjadi diri kita yang sebenar. Diri kita yang mak dan ayah kita cipta, menjadi diri yang tak merosakkan diri. Anda.. saya.. aku.. kita..dia.. bebas untuk meluahkan personaliti indah dan unik ini. (asalkan x menyakitkan mata insan di sekeliling la) Bye2!!


Hahaha! Ini la muka blurr dan lupa. Tu la, nasihat aku, jangan asyik bergantung dengan soalan ramalan dan buat last minuite study. Aku ula beria-ia main blog apesal? sebab aku baru jer abis paper exam UAK (Ujian akhir kursus) di IPGKS Miri untuk sem 6 ni. hehehe.. Lop u all.. selamat bercuti. 


4 Comment:

Encik H said...

erkk..ni sepatutnya Mr. Eyebrow Part 12 tau..hahaha

AkuMalas said...

@Encik HEh?!!!!!!!!! wahhh!! Thanks la.. Hehehe.. saya akan repair ralat ni. Thanks!thanks!!wahhh..happy lah ada En.H yang selalu comment awal dan tegur silap aku.Kekeke..

elly nadyra said...

biasa nih, malas gi kelas....gi ajelah kelas tuh.....janji gi, tapi pe terjadi dalam kelas kita kira kemudian ye!

AkuMalas said...

@elly nadyraYa,hidup yang aku mahu adalah hidup yg sentiasa dalam usaha memperbaiki diri. Jadi.. kita hendaklah sentiasa belajar. (^___^) Thanks.

Post a Comment

Tanya la apa sahaja, nanti aku cuba jawab sebagai pemalas. Thanks. +1 Luck pada yang comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Aku dah Tulis

Recent Posts Widget

Featured Post

FZ 150 berkepala Kawasaki Z

You ingat manusia saja dapat buat pembedahan kosmetik tukar hidung tukar mata? Itu belum cukup dahsyat sebab manusia setakat tukar hidung ...