AKU MALAS

AKU MALAS
Kemalasan mengamit jemari sehingga merasakan apa yang di hati perlu dicoret. Pengertian akan makna malas itu hanya menjelaskan kepada rasa yang wujud untuk aku bergerak dikala enggan lagi berdiam diri. Ya, aku malas untuk berdiam diri. Ada yang menyatakan malas itu tidak elok, namun bagiku ia bergantung kepada pengamatan definisi malas itu dari aspek peribadi bukannya fonetik semata-mata. Sehinggakan aku terfikir untuk berhenti namun masih juga mata membaca blog ini... malas untuk berhenti? Selamat datang ke dalam blog Aku Malas, kisah di sebalik kehidupan di tanah ini.(Sarawak Blogger)

Kawan-kawan

Rasa ingin berhenti ber Facebook... :'(


Rasa ingin berhenti menggunakan laman web Facebook la pula time ni. salam sejahtera kepada semua. Terkenangkan betapa ketagihnya aku sebab laman web tersebut sehingga aku yang sederhana jiwanya ini menjadi terlampau tahu pula apabila punat-punat facebook menyuapku dengan pelbagai jenis maklumat. Paling aku tak suka adalah:

1. Banyak orang mudah melenting di sana.
2. Facebook jadi medan berpolitik.
3. Banyak perkara berbaur hasutan dilontarkan secara terbuka.
4. Rasa tidak selamat apabila ada pengintai (stalker)
5. Diperhatikan sepanjang masa.

Tetapi dalam hati yang kecil ini, rasa berat juga nak tinggalkan facebook sebab di sana banyak kawan lama dan perkara yang memudahkan kehidupan seharian aku. Antaranya:

1. Group discussion untuk kelas saya.
2. Kawan lama dan persatuan yang saya ikuti.
3. Laman web yang percuma dan mudah untuk berkongsi maklumat.
4. Banyak gambar yang dikongsikan oleh sanak saudara.
5. Page order dan beli barang yang murah ada di sana.

Fikir punya fikir aku akhirnya hanyut dalam pertempuran minda. Aku memikirkan adakah semua ini berbaloi untuk aku teruskan permainan laman web tersebut? Semua kebaikan yang bersifat materialistik itu... adakah ianya berbaloi untuk maruah dan nyawaku? Seandainya ada orang dengan mudah dapat mendapatkan maklumat peribadi aku dan koleksi gambar-gambar aku untuk tujuan yang tidak baik.

Kita banyak kawan dalam facebook itu, tidak semua kita kenali. Tidak semua yang berada dalam senarai rakan kita itu memiliki niat yang baik untuk berkawan dengan kita. Ternyata sekarang kita telah memecah kedinginan adat berkawan. Kini kita boleh mengenali orang yang kita tidak pernah jumpa, apa lagi mencintai mereka yang kita sangat suka walaupun tidak pernah berjumpa. Perkara ini mungkin agak diluar jangkaan masyarakat vateran tetapi untuk orang muda pada masa kini, ia dikatakan satu kebiasaan dalam cara bersosial di dalam dunia tanpa batas.

Tidak semuanya jahat dan tidak baik. Ada yang menemui asangan hidup melalui facebook dan terus kahwin. Ada yang menjadikan facebook sebagai periuk nasi untuk meneruskan kehidupan. Banyak kebaikan yang telah facebook sumbangkan kepada masyarakat pada masa kini. Ternyata kita telah menerima facebook sebagai satu dunia yang baru. Jasad kita di luar minda berada di dalam. Kini kita menjadi manusia biasa di tanah nyata, tetapi menjadi artis di dalam dunia maya.

Sekarang, aku sedang berfikir mengenai diriku. Aku tidak memiliki masaalah dengan facebook. Aku cuma merasakan keberadaanku di dalam facebook telah menelan realitiku. Mungkin aku kurangkan jam lepak aku di sana, mungkin juga aku akan mengahpuskan jejak aku di sana.. siapa yang tahu. Hanya Tuhan yang menentukan perjaananku di dunia maya ini.

Blogspot? Hehehe.. lebih selesa dan mudah ku kawal privasinya.

2 Comment:

Encik H said...

aku pun dah makin kurang layan fb..rasa fb ni dah makin bosan..huk2

AkuMalas said...

@Encik HYup, agak bosan.. Rasanya saya punya friendlist tu harus ditapis balik lah.

Post a Comment

Tanya la apa sahaja, nanti aku cuba jawab sebagai pemalas. Thanks. +1 Luck pada yang comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Aku dah Tulis

Recent Posts Widget

Featured Post

FZ 150 berkepala Kawasaki Z

You ingat manusia saja dapat buat pembedahan kosmetik tukar hidung tukar mata? Itu belum cukup dahsyat sebab manusia setakat tukar hidung ...