AKU MALAS

AKU MALAS
Kemalasan mengamit jemari sehingga merasakan apa yang di hati perlu dicoret. Pengertian akan makna malas itu hanya menjelaskan kepada rasa yang wujud untuk aku bergerak dikala enggan lagi berdiam diri. Ya, aku malas untuk berdiam diri. Ada yang menyatakan malas itu tidak elok, namun bagiku ia bergantung kepada pengamatan definisi malas itu dari aspek peribadi bukannya fonetik semata-mata. Sehinggakan aku terfikir untuk berhenti namun masih juga mata membaca blog ini... malas untuk berhenti? Selamat datang ke dalam blog Aku Malas, kisah di sebalik kehidupan di tanah ini.(Sarawak Blogger)

Kawan-kawan

Lelaki VS Wanita (Love)



Salam sejahtera kepada semua yang membaca blog ini. Blog yang ditulis si pemalas! Heheheehe! Ok.. sering kali aku mendengar pertembungan pendapat mengenai jurang cabaran jantina. Apa masaalah u all ni! Asyik nak lawan pendapat! Nak cari pemenang? Kalau menang hadiahnya apa? Proton Preve? Lawan apa ni? Lihatlah dialog di bawah, nanti anda akan tahu:

Encik Perang: Susah jadi lelaki tiap hari kena cukur misai, beli pisau cukur. Tiap sebulan paling kurang kena gunting rambut dua kali. Susah..susah..
Cik Kembang: Susah lagi jadi perempuan, rambut panjang kena ikat tiap hari. Bukan macam cukur misai senang jer. Kalau dah ikat tu siap pakai tudung bagi yang bertutung!susah..susah..
Encik Perang: Eleh, setakat ikat rambut tu percuma. Kami ni tiap bulan kena gunting rambut buang duit! Saloon sekarang ni tak sah kalau tak Rm12 untuk gunting rambut!
Cik kembang: Amboi..amboi..asam boy lah abang ni.. Perempuan datang kain tiap bulan. Ada comment? Kadang kala sakit tau.. tuala wanita tu bukan percuma! Kena mandi selalu! Air tu bukan percuma oi abang gagah..
Encik Perang: Aik, kesitu pulak!! Tu tiap bulan keluar darah tak mati pun.. Ni yang jadi tentera tu, banyak lelaki! Kalau berdarah badan berlobang kena tembak tentu parah sayang oii.. boleh mati jadinya!
Cik Kembang: Eh?! Memesong Nampak! Yang beranakkan tentera tu siapa? Perempuan juga kan? Macam nak tercabut nyawa time beranak! Jangan lupa, perempuan sekarang pun ada join tentera.
Encik Perang: Ye la.. Tapi tetap susah juga jadi lelaki. Sebab lelaki ni ketua.. Dari dulu, Perdana Menteri Negara kita semuanya lelaki. Rasa nak pecah kepala berfikir tentang strategi untuk membangunkan negara! susah jadi lelaki!
Cik Kembang: Susah jadi lelaki? Patut la ramai lelaki jadi perempuan zaman ini kan abang? Hehehe.. Kalau ramai dah jadi perempuan, tentu ramai perempuan yang tak kahwin nanti.. sebab semua lelaki yg ori dah berkurang. Apalah nasib perempuan.. selalu jadi mangsa.
Encik perang: Amboi! Mengata yang lelaki nak jadi perempuan? Yang bedah tukar jantina tu lelaki tau! Banyak pakar bedah tu dari golongan lelaki!hahaha!
Cik Kembang: Siapa yang beri pakar bedah tu makan? Streka baju mereka? Cuci baju? Jadi peneman dikala sunyi? Jadi teman sekatil? Tempat meluahkan masaalah? Bak kata orang, di sebalik kejayaan seorang lelaki, adanya seorang wanita yang menjadi pendorongnya.
Encik Perang: Eh, banyak lelaki yang tak kahwin sampai tua pun dapat hidup Berjaya..
Cik kembang: Betul tu, hidup macam robot! Kalau x ada keluarga bukan lelaki namanya.. sebab lelaki sebenar harus menjadi seorang ayah dan suami. Itu baru namanya lelaki. Perempuan sekarang, banyak yang jadi ibu yg berkerjaya. Balik rumah jaga rumah. Pergi pejabat kerja. Si suami macam abang pula, balik rumah baca surat khabar. Susah jadi perempuan.
Encik Perang: Syukur la aku balik rumah terus baca surat khabar, kalau aku balik rumah terus tarik awak ke bilik tidur apa macam?!hahahaha!! tak siap makan minum anak tu nanti!hahahhaa!
Cik Kembang: Amboi..amboi! tak bertempat nak buat lawak yer!nanti cubit baru tau!!
Bersambung…
Hahaha! demikianlah dialog yang tidak mustahil berlaku di antara dua jantina! apa apa pun, perkongsian pendapat sebegini memang perlu untuk dua insan yang benama lelaki dan wanita agar kita saling mengetahui apa yang bermain di minda masing-masing. Perbincangan sebegini juga penting untuk kita lebih mengenali satu sama yang lain, terutamanya dalam mengesan perkara yang disukai dan tidak disukai oleh pasangan masing-masing mengenai jurang jantina terutamanya dalam aspek tanggungjawab.
Janganlah sesekali perbincangan ini mendatangkan benci terhadap perbezaan yang ada. Sesungguhnya perbezaan dan kekurangan ini harus dipenuhi oleh keberadaan pasangan masing-masing. Ruang di dalam hati dan kekurangan diri ini hanya mempu dipenuhi oleh seorang insan yang mendampingi kita seperti keluarga atau pasangan hidup.
Oleh itu, kita hendaklah bersyukur dalam menghargai kehadiran insan yang istemewa dan berbeza di sekitar kita. Sesungguhnya setiap orang di dunia ini memiliki keistemewaannya tersendiri. Lelaki dan wanita dicipta untuk saling memenuhi keperluan dalam kehidupan yang bermakna ini. Sehinggakan pada zaman ini, wanita dilihat sebagai sumber tenaga professional yang mampu menyaingi lelaki. Sesungguhnya ada perkara yang lelaki tidak mampu laksanakan kerana kekurangan dari segi naluri keibuan dan emosi lemah lembut yang rata-rata wanita di dunia ini miliki.

Apa-apapun, dengan yakin ku nyatakan di sini, aku bangga menjadi lelaki! Dan aku sentiasa menghormati wanita di dunia ini, kerana tanpa mereka, siapalah lelaki. Wanita lah yang menyusukan kami, menjadikan kami berdiri dan memiliki keturunan di dunia ini. Jadilah lelaki sebagai pemimpin yang mampu memenuhi keperluan wanita dan melindungi mereka. Kerana mereka setia dan ikhlas menjaga lelaki yang melindungi mereka. Sekian. Bye2!

2 Comment:

Hnahdy said...

masing2 naak menang

AkuMalas said...

@Hnahdy Ada air ada api..saling memenuhi, adakalanya kena mengalah. (^__^)

Post a Comment

Tanya la apa sahaja, nanti aku cuba jawab sebagai pemalas. Thanks. +1 Luck pada yang comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Aku dah Tulis

Recent Posts Widget

Featured Post

FZ 150 berkepala Kawasaki Z

You ingat manusia saja dapat buat pembedahan kosmetik tukar hidung tukar mata? Itu belum cukup dahsyat sebab manusia setakat tukar hidung ...