AKU MALAS

AKU MALAS
Kemalasan mengamit jemari sehingga merasakan apa yang di hati perlu dicoret. Pengertian akan makna malas itu hanya menjelaskan kepada rasa yang wujud untuk aku bergerak dikala enggan lagi berdiam diri. Ya, aku malas untuk berdiam diri. Ada yang menyatakan malas itu tidak elok, namun bagiku ia bergantung kepada pengamatan definisi malas itu dari aspek peribadi bukannya fonetik semata-mata. Sehinggakan aku terfikir untuk berhenti namun masih juga mata membaca blog ini... malas untuk berhenti? Selamat datang ke dalam blog Aku Malas, kisah di sebalik kehidupan di tanah ini.(Sarawak Blogger)

Kawan-kawan

Manusia, kebanyakkannya dapat dibeli.



Salam sejahtera kepada semua yang membaca blog yang malas ini. Hari ini aku akan berkongsi pendapat aku mengenai harga kita sebagai manusia. Sesungguhnya kita semua ada harga dan kita mampu dibeli dengan pelbagai cara. Tidak terhad kepada rahsuah yang sering menjadi kayu ukur kepada nilai seseorang itu, kita juga dapat dibeli dengan pelbagai cara.
Ada yang meletakkan dirinya dengan harga wang hantaran kahwin, ada yang rela dibeli dengan top up telefon, ada yang meletakkan nilai pada dirinya melalui pencapaian akedemik dan ada juga yang ingin dibeli dengan pangkat serta kuasa jangan lupa ada juga yang menghargai nyawa dan meletakkan harga diri pada maruah yg tak mudah dijual beli. Sesungguhnya pada pandangan aku yg malas ini, setiap insan ada harganya.
Setiap manusia ada nilai, tetapi tidak semua definisi berkaitan dengan harga itu dikaitkan dengan pembelian manusia. Kita bukan objek atau benda mati. Kita memiliki kebolehan dan boleh berkhidmat kepada seseorang atau sesuatu institusi. Kerana kebolehan itulah kita mampu menilai diri kita sehinggakan kita ada harga. Setiap manusia ada harga diri. Sedangkan orang tempang / cacat yang meminta sedekah itu pun meletakkan nilai pada dirinya melalui kaca mata masyarakat yg sudi menghulurkan beberapa sen untuk membiayai nyawanya sebelum menemui ajal sebagai seorang peminta sedekah.

Tentu anda makin bosan dengan celoteh aku kan? Apa kata aku tutup perkongsian hari ini dengan perkiraan nilai manusia zaman ini. Tajuk nya “ Harga sebuah tindakan manusia” :

Jangan marah ok? ini hanya penulisan yang tiada rujukan ilmiah dan hanya penulisan dari pendapat yang slumber. Hehehe, penulisan ini juga diilhamkan oleh ratusan orang rakan yg telah menceritakan pengalaman yg lucu mereka berkaitan dengan harga diri. sekian Bye4!

0 Comment:

Post a Comment

Tanya la apa sahaja, nanti aku cuba jawab sebagai pemalas. Thanks. +1 Luck pada yang comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Aku dah Tulis

Recent Posts Widget

Featured Post

FZ 150 berkepala Kawasaki Z

You ingat manusia saja dapat buat pembedahan kosmetik tukar hidung tukar mata? Itu belum cukup dahsyat sebab manusia setakat tukar hidung ...