AKU MALAS

AKU MALAS
Kemalasan mengamit jemari sehingga merasakan apa yang di hati perlu dicoret. Pengertian akan makna malas itu hanya menjelaskan kepada rasa yang wujud untuk aku bergerak dikala enggan lagi berdiam diri. Ya, aku malas untuk berdiam diri. Ada yang menyatakan malas itu tidak elok, namun bagiku ia bergantung kepada pengamatan definisi malas itu dari aspek peribadi bukannya fonetik semata-mata. Sehinggakan aku terfikir untuk berhenti namun masih juga mata membaca blog ini... malas untuk berhenti? Selamat datang ke dalam blog Aku Malas, kisah di sebalik kehidupan di tanah ini.(Sarawak Blogger)

Kawan-kawan

Mulut pedas hati waras yang tak berhasil.

Salam sejahtera kepada semua yang membaca entri kali ini. Kerap kali kita mendengar orang berkempen dan membawa isu-isu yang menarik. Ada isu yang sensetif dan yang enak didengar. Namun lucu juga bila mendengar "Seorang Rakan" ni mengeluarkan pendapat hangat dan menuduh beberapa nama yang aku kenali selama ini sebagai perompak bangsa. Tak salah menyuarakan pendapat mengenai pemimpin kita sesama rakan. Agar kita saling berkongsi pendapat dan pandangan, kalau pandangan kita lebih bernas, kita doa-doakan mereka yg mendengar ada terdetik hati mereka untuk mengubah persepsi mengenai pemimpin-pemimpin di negara kita.


Yang lebih lucu, apabila aku mengetahui kawan aku ni tak pernah pun turun mengundi walaupun dah tua bangka. Amboi.. amboi.. mulut bukan main pedas!! Tapi tak turun mengundi. Hahaha, lantak kau la cik abang oi. Sayang benar idea dan pendapat tidak disudahkan dengan tanggung jawab mengundi.


Bila ditanya kenapa tak mengundi, jawabnya "malas la nak masuk campur urusan politik". Time tu lah aku sound dia!! Dari tadi u bukan main menghentam pihak itu ini, polisi dan menifesto itu ini tak betul, janji yang merepek lah u kata.. U ada kuasa untuk menentukannya, jadi turunlah mengundi. Lepas ni kalau harga barangan melambung naik sebab polisi yg pelik u kata, jangan la mengeluh.. sebab u kata u x kisah mengenai politik.


Jadi "Mulut pedas hati waras" mesti lah direalisasikan dengan tindakan, iaitu mengundi... So, lihatlah link  gambar di bawah dan klik untuk menyemak status mengundi anda. Jika anda sudah cukup umur, sah sebagai warga negara, bangga sebagai rakyat kelas pertama dan memiliki kad pengenalan.. silalah turun mengundi sebelum terlambat.


Gambar di bawah adalah contoh semakan yang anda akan lihat setelah menyemak status mengundi anda.


Sekian sahaja cerita dari aku yang malas ni. Malas aku berdiam untuk menyembunyikan keindahan negara ini. Aku sanggat gembira sebab keamanan dan kemakmuran di negara kita iaitu Malaysia!! Negara kita masih mampu kita hayati keindahan dan keamanannya. Sekian sahaja kali ini.. Bye2!!

2 Comment:

Encik H said...

aku dah daftar..hehehe..in fact aku tak sabar nak tunggu bila PRU..:D

AkuMalas said...

@Encik HWah..respect la! U r a gud citizen! (^__^)

Post a Comment

Tanya la apa sahaja, nanti aku cuba jawab sebagai pemalas. Thanks. +1 Luck pada yang comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Aku dah Tulis

Recent Posts Widget

Featured Post

FZ 150 berkepala Kawasaki Z

You ingat manusia saja dapat buat pembedahan kosmetik tukar hidung tukar mata? Itu belum cukup dahsyat sebab manusia setakat tukar hidung ...