AKU MALAS

AKU MALAS
Kemalasan mengamit jemari sehingga merasakan apa yang di hati perlu dicoret. Pengertian akan makna malas itu hanya menjelaskan kepada rasa yang wujud untuk aku bergerak dikala enggan lagi berdiam diri. Ya, aku malas untuk berdiam diri. Ada yang menyatakan malas itu tidak elok, namun bagiku ia bergantung kepada pengamatan definisi malas itu dari aspek peribadi bukannya fonetik semata-mata. Sehinggakan aku terfikir untuk berhenti namun masih juga mata membaca blog ini... malas untuk berhenti? Selamat datang ke dalam blog Aku Malas, kisah di sebalik kehidupan di tanah ini.(Sarawak Blogger)

Kawan-kawan

Aku cuba elak ini dalam kehidupan

Salam sejahtera kepada semua yang membaca blog Aku Malas ni. Sebelum ni aku dah masukkan entri mengenai perkara yang aku nak buat, sekarang aku nak postkan benda yang aku cuba elakkan. Kita menrancang tapi Tuhan yang tentukan, adakalanya kita membuat yang terbaik untuk mengelak daripada terkena perkara yang tak baik, tapi ada tiba masanya kita terpaksa melalui perih getir kehidupan ini. Yang pasti, kita harus konsisten dan kuatkan semangat agar segalanya dilalui dengan selamat dan jayanya.

Aku cuba elakkan daripada kena suntukan, sebab aku x suka jarum! Tapi, sebab nak jaga kesihatan.. adakalanya terpaksa disuntak. Terpejam mata beb..Takut~

Dikejar haiwan liar, pernah sekali aku kena kejar sama Kucing!! Tak sangka kucing tu garang! Memang aku tak sangka benda ni terjadi! Kalau nak tendang kucing tu, rasa kesian pulak. Paling benci adalah bila dikejar dan disengat tebuan!

Kalau boleh dalam hidup aku, aku tak nak bergaduh. X kira dalam bentuk fizikal atau mental. Kalau disebabkan sukan seperti Karate atau Boxing x apa la. Setakat ni aku tak pernah gaduh sampai main tarik rambut.


Kencing malam!!! Alamah.. dah besar panjang nak kencing malam lagi?!! Payah la tukar cadar..selimut..jemur dan cuci tilam yang berat! Aduhh..

Sekian sahaja untuk kali ini, semoga anda semua jaga diri dengan baik! Kalau boleh kita cuba elakkan perkara yang mempu menjejaskan hari yang indah ini. Lalui semuanya dengan hati yang terbuka dan penuh kesabaran. Sekian.

Klik gambar untuk perkara yang aku impikan:
sekian dari blog Aku Malas..

4 Comment:

hana hadi said...

kena kejar kucing? pelik plak

AkuMalas said...

@hana hadiKucing tu ganas la..ada sawan..Huhuhu.. (T.T)

C.M.A @ CikMoonAdnan said...

lelaki takut jarum???

pleaseeeee...

hehehehehhehee

AkuMalas said...

@C.M.A @ CikMoonAdnanYeeee..takut.. keluar darah!! awww!! sedangkan kena cubit mama pun aku rasa sakit! (T.T)

Post a Comment

Tanya la apa sahaja, nanti aku cuba jawab sebagai pemalas. Thanks. +1 Luck pada yang comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Aku dah Tulis

Recent Posts Widget

Featured Post

FZ 150 berkepala Kawasaki Z

You ingat manusia saja dapat buat pembedahan kosmetik tukar hidung tukar mata? Itu belum cukup dahsyat sebab manusia setakat tukar hidung ...