AKU MALAS

AKU MALAS
Kemalasan mengamit jemari sehingga merasakan apa yang di hati perlu dicoret. Pengertian akan makna malas itu hanya menjelaskan kepada rasa yang wujud untuk aku bergerak dikala enggan lagi berdiam diri. Ya, aku malas untuk berdiam diri. Ada yang menyatakan malas itu tidak elok, namun bagiku ia bergantung kepada pengamatan definisi malas itu dari aspek peribadi bukannya fonetik semata-mata. Sehinggakan aku terfikir untuk berhenti namun masih juga mata membaca blog ini... malas untuk berhenti? Selamat datang ke dalam blog Aku Malas, kisah di sebalik kehidupan di tanah ini.(Sarawak Blogger)

Kawan-kawan

Awan Menjanjikan Tidur Yang Lena

Salam sejahtera kepada semua yang membaca blog ni. Dah 3 hari hujan di dunia Miri. Aku yang terkurung dalam IPGKS Miri ini pun terasa sejuknya menjentik tulang ku yang rapuh ini. Aku tak mudah mengeluh bila hujan turun melainkan panas yang terlampau panas sahaja. Sebab lebih senang memanaskan badan berbanding dengan menyejukkan badan di sini. Waktu malam sejuknya, rasa sihat dan lena untuk tidur. Baju pula berlambak belum kering.



Lihatlah gambar di atas nu, awan yang menyelubungi Miri. Wahh.. tentu petang ni hujan! X apa, bersyukur dengan semua yang terjadi. Ok, semoga anda semua dalam keadaan yang happy! jangan mudah mengeluh ya, x kira la hujan atau panas.. bersyukur sebab kita masih ada masa untuk menikmati nikmat-nikmat alam kurniaan-Nya.  sekian dari blog Aku Malas...


2 Comment:

hana hadi said...

tunggu masa nak hujan

AkuMalas said...

@hana hadiBagus hujan, tapi jangan sampai banjir.. huhuhu..
(TnT) Kan Cikgu?

Post a Comment

Tanya la apa sahaja, nanti aku cuba jawab sebagai pemalas. Thanks. +1 Luck pada yang comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Aku dah Tulis

Recent Posts Widget

Featured Post

FZ 150 berkepala Kawasaki Z

You ingat manusia saja dapat buat pembedahan kosmetik tukar hidung tukar mata? Itu belum cukup dahsyat sebab manusia setakat tukar hidung ...