AKU MALAS

AKU MALAS
Kemalasan mengamit jemari sehingga merasakan apa yang di hati perlu dicoret. Pengertian akan makna malas itu hanya menjelaskan kepada rasa yang wujud untuk aku bergerak dikala enggan lagi berdiam diri. Ya, aku malas untuk berdiam diri. Ada yang menyatakan malas itu tidak elok, namun bagiku ia bergantung kepada pengamatan definisi malas itu dari aspek peribadi bukannya fonetik semata-mata. Sehinggakan aku terfikir untuk berhenti namun masih juga mata membaca blog ini... malas untuk berhenti? Selamat datang ke dalam blog Aku Malas, kisah di sebalik kehidupan di tanah ini.(Sarawak Blogger)

Kawan-kawan

Dimana Puncanya? Kanak-kanak Bunuh diri.


Keratan Dari Akhbar.. Cuba teka Akhbar mana.

Salam sejahtera kepada semua yang membaca blog aku malas ni. Lama dah x buka blog, maklumlah ada masaalah wireless kat campus aku ni. Ok, jika anda membaca tajuk di atas, anda akan tahu bahawa topic yang aku nak bawa adalah mengenai masaalah bunuh diri yang melibatkan kanak-kanak. Tanpa kita sangka, masaalah ini biasanya berlaku dalam kalangan individu yang sudah mencecah usia remaja dan dewasa. Tapi 2 minggu lepas aku dikejutkan dengan kes budak bunuh diri di Miri.

Berdasarkan akhbar, budak tersebut membunuh diri disebabkan keenganan untuk melalui sekolah sesi petang seorang diri kerana abang-abang dia semuanya bersekolah pada sesi pagi. Sebagai tambahan, dia telah membunuh diri di dalam bilik dengan menggantung diri. Kita sebagai pembaca hanya melihat kes ini sebagai masaalah pengurusan emosi. Kita hanya menilai secara luaran sahaja.
Keluarga punca? Tidak semestinya..

Ada di kalangan kita mengatakan bahawa kes ini disebabkan masaalah rumah tangga dan ada juga mengatakan budak ini tertekan dan membunuh diri kerana kurangnya perhatian serta kestabilan emosi. Cuba kita selidiki tekanan murid-murid pada zaman ini, mereka bukan hanya terdedah dengan situasi sosial di sekolah dan tekanan masa. Mereka juga terdedah dengan limpahan maklumat dan hiburan dari pelbagai sumber.
Beban di sekolah?

Kes bunuh diri ini bukan semata-mata terjadi kerana tekanan perasaan. Ia juga boleh berlaku disebabkan kes buli di sekolah, kemurungan disebabkan tersisih di dalam sekolah atau ia disebabkan hiburan. Mengapa aku mengaitkan hiburan sebagai antara pencetus idea kepada murid tersebut untuk membunuh diri? Pada amnya, kebanyakan keluarga di dalam Negara kita memiliki televisyen, pendedahan kanak-kanak dengan hiburan yang berunsur dengan emosi yang melampau akan mempengaruhi gaya pemikiran mereka. Kita tidak akan menyangka satu jenayah kompleks boleh dilakukan oleh kanak-kanak yang telah terdedah dengan cerita berunsur penyiasatan di dalam televisyen. Mereka akan meniru beberapa skill dan teknik yang didedahkan melalui telivesyen.
Hiburan?

Kita seharusnya meletakkan kedua belah mata kita disamping anak kita. Golongan yang dewasa juga bolehlah membantu kanak-kanak dengan menegur dan membantu mereka membentuk sikap yang baik. Jangan lah kita mengambil peluang ini untuk membuli mereka. Kes membunuh diri di kalangan kanak-kanak merupakan perkara yang serius, ia mencereminka situasi sosial di dalam Negara kita. Sememangnya kita tidak dapat mengelak daripada melakukan kesilapan, tetapi kita sentiasa cuba nmemperbaiki situasi di sekitar kita tanpa melibatkan risiko kehilangan nyawa. sekian dari blog Aku Malas..

0 Comment:

Post a Comment

Tanya la apa sahaja, nanti aku cuba jawab sebagai pemalas. Thanks. +1 Luck pada yang comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Aku dah Tulis

Recent Posts Widget

Featured Post

FZ 150 berkepala Kawasaki Z

You ingat manusia saja dapat buat pembedahan kosmetik tukar hidung tukar mata? Itu belum cukup dahsyat sebab manusia setakat tukar hidung ...