AKU MALAS

AKU MALAS
Kemalasan mengamit jemari sehingga merasakan apa yang di hati perlu dicoret. Pengertian akan makna malas itu hanya menjelaskan kepada rasa yang wujud untuk aku bergerak dikala enggan lagi berdiam diri. Ya, aku malas untuk berdiam diri. Ada yang menyatakan malas itu tidak elok, namun bagiku ia bergantung kepada pengamatan definisi malas itu dari aspek peribadi bukannya fonetik semata-mata. Sehinggakan aku terfikir untuk berhenti namun masih juga mata membaca blog ini... malas untuk berhenti? Selamat datang ke dalam blog Aku Malas, kisah di sebalik kehidupan di tanah ini.(Sarawak Blogger)

Kawan-kawan

Kolo Mee untuk tahun baru!

Salam sejahtera kepada semua yang membaca blog aku malas kali ini. Sememangnya aku happy sebab dah berjaya melangkaui tahun 2012 dengan penuh bergaya dan menyambutnya dengan mee kegemaran aku. Sudah semestinya mee Kolo. Apa makanan ni? Aku hanya tahu makan ni adalah mee gaya masakan cina. Sekarang terdapat banyak versi, sudah semestinya di Sarawak ada gerai yg telah memasak mee ini dengan gaya halal. Seperti yg aku makan ni la.. di kedai Melayu tepi Courts Mammoth (betul ker ejaan ni) Sarikei Sarawak. 



Macam mana rasa mee ini? Rasanya seperti tepung yg ada dicampur serbuk ayam. Mee nya nipis tak la halus macam Mee Hoon. Biasanya dihidangkan dengan Babi masak merah, tapi dalam kes ni.. aku makan di gerai yg Halal. Ia dihidangkan dengan hirisan daging lembu grill.. Wow!! Cubalah jika anda berminat. Kalau anda dah cuba me Kolo ini, jangan lupa cuba Mee Kampua yer!!hehehe! Ops lupa bagi tau, harga mee ni murah. dari Rm2.80 untuk macam di atas sehingga mencecah Rm5.00 untuk yang sangat special berserta semangkuk sup hati lembu.

6 Comment:

Encik H said...

errr..nasib baik ada option selain babi..hehehe

Hnahdy said...

banyaknya. rasa mcm mee goreng ?

Razfira said...

sedapnyerrr

AkuMalas said...

@Encik HYa.. betul tu. Ni dinamakan Localize.. makanan di dalam negara kita disesuaikan dengan masyarakat. :) Salam Tahun Baru En. H.

AkuMalas said...

@HnahdyMee goreng kalah la.. sebab saya asalnya peminat mee goreng, dari mee goreng basah sehingga mee goreng pedas kering manis aku dah cuba..tapi kolo mee.. Tepungnya lain. Sedap sangat! (>.<) ini alasan terbaik bagiku kalau org tanya mengapa aku ni tiba2 gemuk!hahaha..kalau lah aku ni gemuk.. Selamat Tahun BAru Cikgu.

AkuMalas said...

@RazfiraYa, boleh tahan ni. Murah lagi tu. :) Selamat tahun baru Razfira. :D

Post a Comment

Tanya la apa sahaja, nanti aku cuba jawab sebagai pemalas. Thanks. +1 Luck pada yang comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Aku dah Tulis

Recent Posts Widget

Featured Post

FZ 150 berkepala Kawasaki Z

You ingat manusia saja dapat buat pembedahan kosmetik tukar hidung tukar mata? Itu belum cukup dahsyat sebab manusia setakat tukar hidung ...