AKU MALAS

AKU MALAS
Kemalasan mengamit jemari sehingga merasakan apa yang di hati perlu dicoret. Pengertian akan makna malas itu hanya menjelaskan kepada rasa yang wujud untuk aku bergerak dikala enggan lagi berdiam diri. Ya, aku malas untuk berdiam diri. Ada yang menyatakan malas itu tidak elok, namun bagiku ia bergantung kepada pengamatan definisi malas itu dari aspek peribadi bukannya fonetik semata-mata. Sehinggakan aku terfikir untuk berhenti namun masih juga mata membaca blog ini... malas untuk berhenti? Selamat datang ke dalam blog Aku Malas, kisah di sebalik kehidupan di tanah ini.(Sarawak Blogger)

Kawan-kawan

Marrybrown dan RM9 aku

Salam sejahtera kepada anda semua, ni kalau dah nak buang tebiat kekadang terbuang juga duit dalam menikmati kesedapan yang sering dipromote dalam iklan makanan. Ni hah, aku nak share gambar makan yg paling berbaloi aku rasa, iaitu menu yang disebut Lucky Plate. Harganya cuma Rm9.80 termasuk cukai kerajaan iaitu 56sen.


Ni la gambar semalam yang aku tangkap di atas meja. so gambar di dalam  perut belum diambil la. So, bagaimana rasanya jika dibandingkan dengan KFC? Ok, saya nak comment yer. Aku suka dia punya vegetables salad sedap dan manis! Hoho.. sorry yer, aku x mahir comment guna bahasa chef. Mash Potato dia kasar daripada KFC punya, sebab ada ketulan potato yang sengaja dibiarkan berketul agar tekstur menu tersebut tak terlalu cair. Ok, ayamnya bagaimana? Sememangnya saya lebih suka rasa KFC la, sebab lebih spicy ada rasa rempah. Jadi yg x suka rasa rempah yang sangat ketara, bolehlah menelan ayam Marrybrown yang sangat ori macam ayam rasanya, ayamnya juga kurang kalori yang berasal dari tepung dan minyak sebab x banyak lapisan tepung la..  


Dari segi harga dan kenikmatannya, aku rasa berbaloi la. Servis pun sangat ok, sebab sangat cepat menunya sampai. Mungkin sebab x ramai pelanggan la hari tu. Bagi yang nak rasa ayam yang lebih asli dan tidak sangat berempah, bolehlah datang ke Marrybrown. sekian. (^_^)

0 Comment:

Post a Comment

Tanya la apa sahaja, nanti aku cuba jawab sebagai pemalas. Thanks. +1 Luck pada yang comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Aku dah Tulis

Recent Posts Widget

Featured Post

FZ 150 berkepala Kawasaki Z

You ingat manusia saja dapat buat pembedahan kosmetik tukar hidung tukar mata? Itu belum cukup dahsyat sebab manusia setakat tukar hidung ...