AKU MALAS

AKU MALAS
Kemalasan mengamit jemari sehingga merasakan apa yang di hati perlu dicoret. Pengertian akan makna malas itu hanya menjelaskan kepada rasa yang wujud untuk aku bergerak dikala enggan lagi berdiam diri. Ya, aku malas untuk berdiam diri. Ada yang menyatakan malas itu tidak elok, namun bagiku ia bergantung kepada pengamatan definisi malas itu dari aspek peribadi bukannya fonetik semata-mata. Sehinggakan aku terfikir untuk berhenti namun masih juga mata membaca blog ini... malas untuk berhenti? Selamat datang ke dalam blog Aku Malas, kisah di sebalik kehidupan di tanah ini.(Sarawak Blogger)

Kawan-kawan

Mulut berulat! angkara Chrysomya "bezziana" bukan BERZINA!

Salam sejahtera kepada semua. Ni ada kaitan dengan post yang hari tu yang beralamat pada http://aku-lazy.blogspot.com/2013/01/ewww-padah-menguap-lalat-masuk-mulut.html tapi kali ini, aku nak share dengan lebih terperinci la. Jom teruskan membaca.


Organisma di alam ni sangat hebat, ada yang dapat tinggal di dalam badan organisma lain. Kalau dah tinggal dalam organisma lain tu, makan,minum dan beraknya juga tentulah di dalam organisma itu juga! Kali ini kita akan mengenali situasi sejenis masaalah kesihatan yang dikenali sebagai Oral Myiasis. Jom kita dengar difinisi Oral Myiasis melalui web http://wordnetweb.princeton.edu. Oral bermaksud, Mulut. Myiasis bermaksud jangkitan oleh larva lalat. Te je.. tak nak definisikan panjang-panjang nanti u all letih baca yang panjang-panjang. Bagaimana masaalah kesihatan ini berlaku?

Keadaan wajah yang musnah kerana larva lalat ini.

Merujuk kepada sumber yang saya baca, ia disebabkan sejenis lalat ( Chrysomya bezziana.sp )yang memiliki kebolehan untuk menghasilkan larva yang mampu hidup dalam perumah ( dalam kes ini adalah manusia sebagai perumah ). Kebolehan ini akan membantu lalat tersebut mencari tempat membiakkan anak dengan mudah di negara yang kering kontang dan sedikit sampah yang lembab seperti di negara kita. Contoh negara itu adalah negara yg bergurun la.HEhehehe.. pandai-pandai la u all cari nama negara tu.

Inilah lalat yang danger tu!  Chrysomya bezziana.sp

Inilah telur lalt tu, check dulu makanan tu! jangan sampai makat telu lalat.

Larva yang telah disingkirkan.

Kes ini sangat jarang di negara kita, sebab lalat di negara kita memiliki kaedah pembikan dan bertelur yang berbeza. Jangan risau la... kalau ada pun tentu lalt tu dah dibawa masuk oleh pelancong atau individu yang ingin mempromosi penyakit ni dengan meluas di negara kita.

Aduh, macam mana ni? geli lah..

Gambar di bawah adalah adalah gambar yang menunjukkan proses mengeluarkan larva dari mulut pesakit yang telah menjadi mangsa kepada lalat Chrysomya Bezziana.sp.

Proses mengeluarkan larva

Hati,hati..boleh sampai ke mata ni!

Gusi yg telah kena jangkitan ni.. 

Bagaimana nak ubat ni ye? Biasanya pembedahan akan dilakukan untuk membuag tisu yang dah rosak disebabkan larva tersebut. Pembedahan juga diperlukan untuk membuang ulat-ulat atau larva yang menetap dalam tisu badan. Kemudian rawatan pembinaan semula organ atau tisu akan diberikan sekiranya jangkitan tersebut telah menyebabkan organ di sekitar kawasan jangkitan telah cacat. 

Sumber:

2 Comment:

shinji izac said...

aaaaa...
putus selera makan :P

AkuMalas said...

@shinji izacAaarrrggghhh...aku pun hilang mood nak makan.

Post a Comment

Tanya la apa sahaja, nanti aku cuba jawab sebagai pemalas. Thanks. +1 Luck pada yang comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Aku dah Tulis

Recent Posts Widget

Featured Post

FZ 150 berkepala Kawasaki Z

You ingat manusia saja dapat buat pembedahan kosmetik tukar hidung tukar mata? Itu belum cukup dahsyat sebab manusia setakat tukar hidung ...