AKU MALAS

AKU MALAS
Kemalasan mengamit jemari sehingga merasakan apa yang di hati perlu dicoret. Pengertian akan makna malas itu hanya menjelaskan kepada rasa yang wujud untuk aku bergerak dikala enggan lagi berdiam diri. Ya, aku malas untuk berdiam diri. Ada yang menyatakan malas itu tidak elok, namun bagiku ia bergantung kepada pengamatan definisi malas itu dari aspek peribadi bukannya fonetik semata-mata. Sehinggakan aku terfikir untuk berhenti namun masih juga mata membaca blog ini... malas untuk berhenti? Selamat datang ke dalam blog Aku Malas, kisah di sebalik kehidupan di tanah ini.(Sarawak Blogger)

Kawan-kawan

Saya nak peluk awak!! jika...

Saya nak peluk awak jika...

Awak adik saya...
 Awak kekasihku.. Isteriku.. segalanya buatku... 
 Awak teman sepermainanku...
 Awak kalah atau menang dalam pertandingan...
 Awak di antaraku dan dia...
 Awak anakku..muridku...
 Awak bersedih...
 Awak kesejukan...
 Awak kesunyian...

Saya nak peluk awak,
Sebelum diriku pergi buat selamanya,
Segala yang terjahat akan terhapus,
Hanya fikiran baik berlegar memeluk kita dalam memori lalu,
Pelukan yang lutsinar,
Pelukan yang selalu terpendam,
Laluku terjaga,
Dikala senja petang ku leka tidur,
Belumnya terlambat untuk memeluk hatimu,
Belumnya terlewat untuk memeluk hati awak,
Ku peluk dirimu dengan kata-kata indah,
Sebagai manusia yang tidak berjasad..
Kerana aku pernah menjadi manusia,
Dan aku masih di kalangannya,

Sekian sahaja dari Aku Malas. (*^_^*)



0 Comment:

Post a Comment

Tanya la apa sahaja, nanti aku cuba jawab sebagai pemalas. Thanks. +1 Luck pada yang comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Aku dah Tulis

Recent Posts Widget

Featured Post

FZ 150 berkepala Kawasaki Z

You ingat manusia saja dapat buat pembedahan kosmetik tukar hidung tukar mata? Itu belum cukup dahsyat sebab manusia setakat tukar hidung ...