AKU MALAS

AKU MALAS
Kemalasan mengamit jemari sehingga merasakan apa yang di hati perlu dicoret. Pengertian akan makna malas itu hanya menjelaskan kepada rasa yang wujud untuk aku bergerak dikala enggan lagi berdiam diri. Ya, aku malas untuk berdiam diri. Ada yang menyatakan malas itu tidak elok, namun bagiku ia bergantung kepada pengamatan definisi malas itu dari aspek peribadi bukannya fonetik semata-mata. Sehinggakan aku terfikir untuk berhenti namun masih juga mata membaca blog ini... malas untuk berhenti? Selamat datang ke dalam blog Aku Malas, kisah di sebalik kehidupan di tanah ini.(Sarawak Blogger)

Kawan-kawan

Tiada Keretaku bawa kau jalan-jalan...


Salam sejahtera kepada semua yang merasakan diri mereka nak berjiwang seketika dalam blog aku ni. Aku nak pot pet sekejap mengenai cinta, cewah cewah, jadi Dr.Cinta pulak yer? Cinta sebenarnya datang dari dalam diri kita. Kita tidak tahu bagaimana ia akan tiba, sememangnya kita mampu merancang kisah hidup kita namun cinta ni sesuatu yg ajaib. Ia tak seperti membeli baju, saya nak baju macam ni macam tu, saiz ini saiz itu, color ni color itu.. Cinta ni bila ia mengetuk pintu hati seseorang, orang akan menjadi tak keruan dibuatnya seolah-olah ada rama-rama berterbangan dalam otak tu.

Cinta ni juga pengubat duka di dunia. Yang miskin bila bercinta akan berasa kaya, Yang jahat pun adakalanya tumpas kerana cinta, hati yang degil juga cair bila terkena sentuhan sebenar cinta. Hehehe, Well, tiada keretaku bawa kau jalan-jalan, hanya hatiku sahaja yang mampu bawa mu terbang.. Mengenai duit, aku berpendapat.. era kita ni, duit seolah-olah kunci kepada segala perkara yg x abadi. Kalau bercinta tu, jangan la kerana duit semata-mata, biarlah kerana kejujuran, keserasian, kerana bahagia, kerana dia..eh?kerna dia!! hahaha! Ok, love u all! Duit tu untuk mengukuhkan lagi ikatan cinta, bukan untuk melekakan kita dengan dosa yang kononnya bertopengkan cinta. Kalau dah cinta tu.. pergi pinang terus la!haha!tanya dady mumy terus! Tu baru dia! ok.. sekian dari blog Aku Malas.. (^_^)

0 Comment:

Post a Comment

Tanya la apa sahaja, nanti aku cuba jawab sebagai pemalas. Thanks. +1 Luck pada yang comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Aku dah Tulis

Recent Posts Widget

Featured Post

FZ 150 berkepala Kawasaki Z

You ingat manusia saja dapat buat pembedahan kosmetik tukar hidung tukar mata? Itu belum cukup dahsyat sebab manusia setakat tukar hidung ...