AKU MALAS

AKU MALAS
Kemalasan mengamit jemari sehingga merasakan apa yang di hati perlu dicoret. Pengertian akan makna malas itu hanya menjelaskan kepada rasa yang wujud untuk aku bergerak dikala enggan lagi berdiam diri. Ya, aku malas untuk berdiam diri. Ada yang menyatakan malas itu tidak elok, namun bagiku ia bergantung kepada pengamatan definisi malas itu dari aspek peribadi bukannya fonetik semata-mata. Sehinggakan aku terfikir untuk berhenti namun masih juga mata membaca blog ini... malas untuk berhenti? Selamat datang ke dalam blog Aku Malas, kisah di sebalik kehidupan di tanah ini.(Sarawak Blogger)

Kawan-kawan

Tips elak mengantuk kot?

Salam sejahtera kepada semua yang membaca blog pemalas ini. Hari ini, hujan lebat menemani hari pagi di IPGKS Miri. Kuliah sedang berjalan dan terasa mata kian malas. Bukan salah aku, kerana tidak dijemput kekurangan itu. Mungkin ada sebab aku tiba-tiba mengantuk. Pensyarah di depanku masih bertenaga dengan kuliah beliau sehinggalah aku melihat plastisin terpakai yang sudah keras sikit di sudut meja depan. Lalu tangkas aku mendapatkannya.

Mungkin disebabkan ia keras, aku terasa hilang mengantuk sebab melayan lekanya aku membentuk plastisin tersebut. 

Gambar sebelum siap

Ni la kerja yang aku buat dengan plastisin tu, yang di atas tu sebelum siap. Kat bawah tu selepas habis kuliah. Rasanya aku survive daripada mengantuk! (^_^) yeay!

Ni pun belum siap, tapi kuliah dah habis.



Hmmm... hari ini hari selasa, hari yang indah bertemankan perasaan ngantuk. Ada hikmah juga aku mengantuk ni yer.. kalau x mengantuk tadi.. tak der aku terjumpa bakat aku ni. First time main dengan tanah liat.. sebenarnya x suka main tanah liat sebab melekit la. Adakah lepas ni aku akan bawa banyak tanah liat utk mengelak rasa mengantuk di dalam kelas? Sekian.

8 Comment:

Encik H said...

wahhh..berseni betul kau ni..siap boleh buat anjing guna tanah liat..hehehe

eh, tu anjing kan? O.o

AkuMalas said...

@Encik H( = o =") ingatkan nak buat kucing..tapi macam anjing pulak..huhu! Kaki tu besar sangat..macam anjing dah. ;-P

hana hadi said...

weh.. jadi la..

mula2 nampak kucing tapi bila tengok muka anjing rupanya..

hana kalau dapat plastesin. picit2 je

misz aisya said...

pmdai btul kau. kalau aku, pndai bulat2 tnh liat reti lah. nak bentuk2 mmg fail!

dulu, kalau ngantuk, aku akan menulis. konon2 mcm tulis nota tp sbnrnye duk mengarang citer ngarut. hhaha

Suspek Utama said...

garang sgt mukanya tu..tu sbb kena jd anjing..haha..kalo comel sket, dh bole jd kucing dh..

AkuMalas said...

@hana hadiWahaha.. tu la..dah tengok muka tetiba jadi anjing.alamak..ajaib.

AkuMalas said...

@misz aisyaHaiya! cuba dulu la.. mana tau u pandai buat bunga? kalau haiwan tu mungkin bukan bakat u. Hehe.. menulis tu membuatkan aku semakin hanyut dibuat mimpi..ahh..

AkuMalas said...

@Suspek UtamaTu la, agak garang la..mungkin sebab time tu aku stress melawan ngantuk kot?sampaikan kucing ni pun jadi ganas.

Post a Comment

Tanya la apa sahaja, nanti aku cuba jawab sebagai pemalas. Thanks. +1 Luck pada yang comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Aku dah Tulis

Recent Posts Widget

Featured Post

FZ 150 berkepala Kawasaki Z

You ingat manusia saja dapat buat pembedahan kosmetik tukar hidung tukar mata? Itu belum cukup dahsyat sebab manusia setakat tukar hidung ...