AKU MALAS

AKU MALAS
Kemalasan mengamit jemari sehingga merasakan apa yang di hati perlu dicoret. Pengertian akan makna malas itu hanya menjelaskan kepada rasa yang wujud untuk aku bergerak dikala enggan lagi berdiam diri. Ya, aku malas untuk berdiam diri. Ada yang menyatakan malas itu tidak elok, namun bagiku ia bergantung kepada pengamatan definisi malas itu dari aspek peribadi bukannya fonetik semata-mata. Sehinggakan aku terfikir untuk berhenti namun masih juga mata membaca blog ini... malas untuk berhenti? Selamat datang ke dalam blog Aku Malas, kisah di sebalik kehidupan di tanah ini.(Sarawak Blogger)

Kawan-kawan

Indahnya di Malaysia (Selamat Tahun Baru Cina)

Salam sejahtera kepada semua yang membaca blog pemalas ni. Aku ni malas? memang pun, sebab tu aku suka cuti-cuti Malaysia di negaraku yang tercinta ini. Apa yang indah di Malaysia? bukan sahajan pemandangan dan alam semulajadinya tetapi kalendarnya yang indah. Kali ini kita menyambut Tahun Baru Cina kan? Well, dengan ini aku ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada semua.


Semasa sambutan tahun baru Cina ini juga masyarakat bukan kaum Cina akan menikmati pelbagai kelebihan. Antaranya Cuti Umum, diskaun barangan di pasar raya dan banyak lagi selain dari mengeratkan lagi hubungan antara kaum di negara kita. Keadaan yang sama akan kita hadapi bagi musim perayaan yang lain seperti Hari Raya, Hari Gawai, Perayaan Cahaya India, Krismas dan lain-lain perayaan yang ada di negara kita. Banyak perayaan di Malaysia kan? Hehehe..

Suasana di Merdeka Mall di Miri Sarawak


Kalendar Tahun ini adalah kalendar Ular.


Dengan ini, aku ingin membawa kita untuk menjaga keamanan dan keharmonian antara kaum di negara kita. Semoga kita semua bahagia dalam mengejar kemajuan dan tidak tertekan dalam melalui detik detik getir kehidupan dalam sebuah negara yang sedang membangun. Sekian. (^_^)


0 Comment:

Post a Comment

Tanya la apa sahaja, nanti aku cuba jawab sebagai pemalas. Thanks. +1 Luck pada yang comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Aku dah Tulis

Recent Posts Widget

Featured Post

FZ 150 berkepala Kawasaki Z

You ingat manusia saja dapat buat pembedahan kosmetik tukar hidung tukar mata? Itu belum cukup dahsyat sebab manusia setakat tukar hidung ...