AKU MALAS

AKU MALAS
Kemalasan mengamit jemari sehingga merasakan apa yang di hati perlu dicoret. Pengertian akan makna malas itu hanya menjelaskan kepada rasa yang wujud untuk aku bergerak dikala enggan lagi berdiam diri. Ya, aku malas untuk berdiam diri. Ada yang menyatakan malas itu tidak elok, namun bagiku ia bergantung kepada pengamatan definisi malas itu dari aspek peribadi bukannya fonetik semata-mata. Sehinggakan aku terfikir untuk berhenti namun masih juga mata membaca blog ini... malas untuk berhenti? Selamat datang ke dalam blog Aku Malas, kisah di sebalik kehidupan di tanah ini.(Sarawak Blogger)

Kawan-kawan

Makanan menyatukan manusia.

Salam sejahtera kepada semua! Ye la..ye la.. bukan mesyuarat dan hobi jer yg menyatukan kita. Benda yang paling mudah adalah makanan. Kali ini aku nak share gambar yang aku dan kawan-kawan tangkap semasa lepak di Merdeka Mall di Miri Sarawak. Biasa la, guru-guru pelatih IPGKS Miri akan mencari makanan sampai ke pasar kalau kantin tutup atau tiada makanan yg berkenan. Gambar ni kami rakamkan pada hujung minggu yang lalu.. 

Makanan set 2 hahaha! dengan ayam tambahan!

Muka muka happy.
Ok, Mereka semua ni datangnya dari Sarawak dan Sabah.. cuma aku jer dari Korea! hahahha! x la.. Ni la kami semua yg datangnya dari tanah Borneo. Nanti aku post la gambar aku dengan gang budak Semenanjung! Gempak la gang.. katanya mreka nak ajak aku ke kafe masakan semenanjung yg ada di Sarawak.

Aku di hujung sekali! hahaha!

Ni la kami sedang menikmati sup dan makanan di SugarBun.

Walaupun lapar, kena berbaris juga la time buat order.
Selepas ni kita rajin-rajinkan lah makan supaya kita lebih mengenali satu samalain. Jangan la pula makan sampai tak dapat angkat dari meja! Tu dah tahap melampau dah tu! sekian sahaja kali ini! See u all! (^o^)

4 Comment:

hana hadi said...

hahaha teringat masa perlawanan bola sepak antara kedah kelantan. dalam rumah hana ada 2 orh kedah 3 org kelantan. sokong negeri masing2. pastu ada mmber belikan mcd. makan ramai2 :)

AkuMalas said...

@hana hadiDi sini pun sama, time budak2 semenanjung dan sabah sarawak bersama menikmati TV sambil makan mee rebus.. masing2 menyokong pasukan bola masing2. X juga gaduh kan?hahaha!x macam di padang.. Wow.. Cik Hana minat Bola!! KANTOI!!! amazing.. Keep it up Cik'Guru.

Encik H said...

haaa..aku sama pendapat dgn hana..means selain makanan, sukan pun menyatukan manusia jugak..tak kira siapa dan drpd mana, tapi bila tengok sukan, kita akan tengok sama2..:D

sama macam makan la..

AkuMalas said...

@Encik HYup! tapi aku minat sukan Gusti la..hehhe..sememangnya ia menyatukan kita semua. SIAPA NAK POPCORN?!!! hahahaha!thanks 4 comment! (^u^)

Post a Comment

Tanya la apa sahaja, nanti aku cuba jawab sebagai pemalas. Thanks. +1 Luck pada yang comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Aku dah Tulis

Recent Posts Widget

Featured Post

FZ 150 berkepala Kawasaki Z

You ingat manusia saja dapat buat pembedahan kosmetik tukar hidung tukar mata? Itu belum cukup dahsyat sebab manusia setakat tukar hidung ...