AKU MALAS

AKU MALAS
Kemalasan mengamit jemari sehingga merasakan apa yang di hati perlu dicoret. Pengertian akan makna malas itu hanya menjelaskan kepada rasa yang wujud untuk aku bergerak dikala enggan lagi berdiam diri. Ya, aku malas untuk berdiam diri. Ada yang menyatakan malas itu tidak elok, namun bagiku ia bergantung kepada pengamatan definisi malas itu dari aspek peribadi bukannya fonetik semata-mata. Sehinggakan aku terfikir untuk berhenti namun masih juga mata membaca blog ini... malas untuk berhenti? Selamat datang ke dalam blog Aku Malas, kisah di sebalik kehidupan di tanah ini.(Sarawak Blogger)

Kawan-kawan

Permainan Dash untuk zaman 90-an

Salam sejahtera, ingat lagikah anda zaman 90-an dulu kanak-kanak tidak berkurung di rumah dan bermain dengan Facebook dan I-Pad? Dulu aku bermain permainan yang memerlukan daya kreativiti dan kemahiran untuk memasangnya. Memperkenalkan permainan lama ini. Permainan 4WD-Mini Car.

Kat atas ni adalah model kereta pertamaku yang ayah belikan semasa aku masih darjah 3 dulu. Waktu tu banyak jenama dari Cina. Kalau sekarang tentu susah nak cari, yg tinggal hanya jenama Tamiya yang mahal-mahal. Lagipun model ni harganya meningkat sepanjang tahun bergantung kepada model kenderaan berkenaan.


Kat atas ni adalah sistem 4WD-Mini car. Ada yang berenjen belakang, Tengah dan depan. Hahaha! tapi dalam pict ni, aku hanya masukkan 2 jenis jer. Enjen depan aku lupa nak masukkan.


Lihatlah gambar di atas, kenderaan beraksi di atas litar. Sangat laju kan? Jika anda melihat gambar di bawah, itulah Anime Dash Yankuro yang mempopularkan permainan ini.


Kat bawah ni pula adalah sistem enjen berkembar. Sistem ini jarang dijual sebab idea ini dikeluarkan selepas anime Dash Yankuro. Model di bawah dikenali dengan sistem Chasis MS atau Twin Shaft Motor system.




Jika anda anak-anak zaman 80-an sehingga 90-an. Anda akan sempat menikmati saat-saat mengejar kenderaan ini di luar rumah. Aku yakin, ada yang masih meminati permainan ini sehingga ke hari ini. Bagaimana dengan aku? Biarkan Gambar di bawah menjelaskan Pendirian aku mengenai Permainan ini yg telah ku jadikan hobi dan koleksi. Sekian.



Haa.. nampak tak koleksi saya? Hehehehe.. Thanks 2 ayah sebab belikan aku Toy ni, Sekian. Bye3.

Sumber:


6 Comment:

hana hadi said...

wow...ada tempat khas lagi untuk simpan mainan tu.. hana pun ada gak keta lumba tu. nama apa tah xingat.

Encik H said...

hahaha..legend tu permainan kereta tamiya ni..aku dgn adik aku siap bergaduh2 tu pasal game ni..:p

AkuMalas said...

@hana hadiHAhaha!x sangka u pun ada main? waaa...hebat la..bangga ada kawan pompuan macam u. Memang zaman kita dulu ni. budak2 sekarang more to mental game..kita dulu mental dan practical.. pasang sendiri baru dapat main.

AkuMalas said...

@Encik HHuih!! sama la kita!adik aku yg perempuan pun gaduh dengan aku sebab main kereta ni!samggup simpan duit belanja sekolah untuk beli bateri! hahaha!

Anonymous said...

sy pun ada beberapa biji koleksi kereta ni..skrg dok giat main kt kuantan..tgh top balik permainan ni skrg..tpi harga kete skrg n sprepart bukan mcm dulu kala, skrg harga kete sebiji paling murah 55, setting sebiji kete complete set dekat 500 itu kos bli brg kt ktn la, klu kt kl mybe lg murah..

AkuMalas said...

@AnonymousMemang agak mahal jika ia original memandangkan keluarannya terhad dan bertemakan animasi. Menarik untuk dikumpul..namun lebih seronok jika dapat dimainkan bersama rakan. Upgrade dan main.. :) Teknikalnya ada, budak2 akan berfikiran kritikal.

Post a Comment

Tanya la apa sahaja, nanti aku cuba jawab sebagai pemalas. Thanks. +1 Luck pada yang comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Aku dah Tulis

Recent Posts Widget

Featured Post

FZ 150 berkepala Kawasaki Z

You ingat manusia saja dapat buat pembedahan kosmetik tukar hidung tukar mata? Itu belum cukup dahsyat sebab manusia setakat tukar hidung ...