AKU MALAS

AKU MALAS
Kemalasan mengamit jemari sehingga merasakan apa yang di hati perlu dicoret. Pengertian akan makna malas itu hanya menjelaskan kepada rasa yang wujud untuk aku bergerak dikala enggan lagi berdiam diri. Ya, aku malas untuk berdiam diri. Ada yang menyatakan malas itu tidak elok, namun bagiku ia bergantung kepada pengamatan definisi malas itu dari aspek peribadi bukannya fonetik semata-mata. Sehinggakan aku terfikir untuk berhenti namun masih juga mata membaca blog ini... malas untuk berhenti? Selamat datang ke dalam blog Aku Malas, kisah di sebalik kehidupan di tanah ini.(Sarawak Blogger)

Kawan-kawan

Rasa Nak Mampus

Salam sejahtera kepada anda semua yang sedang blogwalking dan terjumpa la Blog yang asalnya ditulis oleh seorang penduduk Malaysia yang berasal dari Pakan Sarikei tetapi merantau ka IPGKS Miri. Maklumlah bertapa di bandar raya yang penuh dengan Ilmu duniawi ni.


Allright, now i wana share my Jiwa punya cerita. Mengapa aku rasa nak mampus? sebab aku ni sedang melalui saat-saat getir di sini. Aku bukannya sedang berperang dengan kaum Sulu di Sabah. Maklumlah aku ni risau juga dengan keadaan di sana. Sebab saudara mara kau ada di sana juga. Ye la, kalau dah mak aku dari kawasan sana.. memang la ada saudara mara aku di sana kan?

Ok, aku sekarang sedang berpraktikal di sebuah sekolah. Lokasinya adalah Rahsia, nanti maklumat sulit terbocor pula melalui blog. Percuma aku ditembak oleh pihak sekolah. Sememangnya x senang nak menjadi seorang guru. Begitu juga dengan perkerjaan lain. Yang penting kita harus menghormati semua jenis pekerjaan. Sebulan ini aku dah tak ada masa yang cukup untuk menulis blog. Aku kena menumpukan 500% usaha aku dalam pelajaran. HAhahaha! skema semacam pulak alasan aku.

Walaubagaimanapunblablabla.. aku tetap nak share bebrapa keping gambar yang mewakili jiwa lara aku ni. Nikmatilah gambar yang aku letak di bawah ni.

Suasana di sekolah kini. Ni Cikgu. Azalizan. Sedang menjaga bahagian belakang.

Aku jadi penumpang bersama Cikgu Alfie. Kami naik Van Institut.

Suasana dari dalam Van.

Ni la yang kekadang terjadi. Hahahaha! x ada kaitan.

Kenangan gambar lama di sekolah sebelum ni.
Sekian sahaja. Nantikan entri aku yang akan datang nanti ya? aku rasa aku akan upload jer perkara yang lalu-lalu lah.. sebab sumber gambar terkini dah kurang. Bye2.

0 Comment:

Post a Comment

Tanya la apa sahaja, nanti aku cuba jawab sebagai pemalas. Thanks. +1 Luck pada yang comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Aku dah Tulis

Recent Posts Widget

Featured Post

FZ 150 berkepala Kawasaki Z

You ingat manusia saja dapat buat pembedahan kosmetik tukar hidung tukar mata? Itu belum cukup dahsyat sebab manusia setakat tukar hidung ...