AKU MALAS

AKU MALAS
Kemalasan mengamit jemari sehingga merasakan apa yang di hati perlu dicoret. Pengertian akan makna malas itu hanya menjelaskan kepada rasa yang wujud untuk aku bergerak dikala enggan lagi berdiam diri. Ya, aku malas untuk berdiam diri. Ada yang menyatakan malas itu tidak elok, namun bagiku ia bergantung kepada pengamatan definisi malas itu dari aspek peribadi bukannya fonetik semata-mata. Sehinggakan aku terfikir untuk berhenti namun masih juga mata membaca blog ini... malas untuk berhenti? Selamat datang ke dalam blog Aku Malas, kisah di sebalik kehidupan di tanah ini.(Sarawak Blogger)

Kawan-kawan

Aku dan Kawasaki Ninja 250R 2013

Salam sejahtera kepada semua yang membaca blog Aku Malas ini. Kali ini aku nak share mengenai impian aku untuk memiliki sebuah jentera berkuasa kecil yang bernama Kawasaki Ninja 250R. 

Sebenarnya sudah lama aku mengidamkan jentera sebegini namun aku masih tidak mampu untuk memiliki sebuah. Dalam masa terdekat ini, aku akan cuba berusaha untuk memiliki sebuah jentera ini sebagai permulaan bagi ku. Suatu ketika nanti, aku akan memiliki jentera yang lebih besar dan hebat. Buat masa sekarang aku akan fokus terhadap Ninja 250R, kalau dah ready suatu ketika nanti, 6R akan ku miliki. Paling akhir sekali aku nak Ducati Diavel.

Ok, mengapa aku memilih Kawasaki Ninja Watchaa!! 250r? sedangkan banyak senarai jentera yang berkuasa 250cc di luar sana? Pertama, aku dah test drive semua jentera terkini yang berkuasa 250cc. Aku merasakan Kawasaki Ninja 250r sangat menepati saiz fizikal dan aku merasakan ia mesra pengguna (untuk yang baru berjinak dengan dunia superbike)



Dari segi rekaannya, aku sangat tertarik dengan konsep superbike yang sangat menyerlah untuk kategori jentera 250. Kawasaki Ninja 250r telah membuat banyak pembaharuan dari segi rekaan dan prestasi jika dibandingkan dengan versi yang sebelum ini. Tambahan pula, di area saya adanya pusat servis Kawasaki yang menyediakan harga yang berpatutan untuk jentera ini. Hehehe.. Harga juga kena dikira beb. Sebab aku ni agak kasar dalam bab bab memandu ni.


Tambahan pula jentera ini sangat jimat minyak untuk kategori seangkatan dengan nya. Sistem enjen yang baik dan berbaloi untuk jangka masa yang panjang.  "According to that website, the engine, frame and suspension are all-new. The liquid-cooled, dohc, eight-valve, 249cc parallel-Twin will almost certainly be fuel-injected, despite the disclaimer that EFI will not be available in all markets. (If competing against the rival Honda is the Ninja’s intent, injection would seem to be mandatory: In back-to-back testing for our comparison, the carbureted 2011 Kawasaki was not able to fuel as crisply as the injected Honda.) In an effort to endow the new Ninja with more-precise fueling, give it better throttle response, improve what is already excellent fuel economy (we averaged 60 mpg on our 2011 testbike) and reduce emissions, the engineers have fitted it with dual-butterfly throttle bodies.- http://www.cycleworld.com"

Sebagai tambahan, aku sangat berminat dengan reka bentuk keseluruhan jentera ini dan ia juga mampu mencecah kelajuan maksima 180km/j. Ok la tu.. kira laju. Walaupun niat aku nak drive ni adalah untuk kepuasan. Kalau dapat sampai 2++ km/j tentu best kan? setakat ni aku dengar kelajuannya dapat dipertingkatkan dengan beberapa modifikasi. Hehehe.. itu sememangnya akan aku lakukan.


Best juga kan kalau ada jentera ini? tak letih bersesak dalam kesesakan lalu lintas. Untuk orang single dan masih bujang kira ok la. Lagipun jentera sebegini boleh dimanfaatkan pada waktu kecemasan. Waktu kita nak tiba segera di tempat kerja. Hehehe..


Dari segi pengalaman dan budjet . Aku tak akan memaksa jentera ini membawaku laju sangat. Sebab aku ada orang yang tersayang menunggu di hujung dunia sana. Kalau nak drive over 300km/j better aku beli Z800! hahaha! lagipun keadaan jalan raya di sini bukannya boleh bawa sampai 220km/j sepanjang masa pun. Bengkang bengkok dan berlopak. Hehehe.. well itu saja kali ini. Thanks for reading. (*^_^*)

Ni antara fav motor yang aku impikan:


ZX-6R pada harga sekitar RM80k


Diavel pada harga sekitar RM100k

Z800 pada harga RM50K
Ninja 250r sekitar.. tengok la harga di bawah tu..



Sumber :

20 Comment:

Akmal Haziq said...

nk upgrade ap kat ninja 250r supye dpat cecah 2++km/j ??

AkuMalas said...

@Akmal HaziqSaya x mahir sangat nak menjawab soalan tuan Akmal ni. Namun berdasarkan pembacaan, berikut merupakan antara modifikasi yang boleh membantu:

1. Scorpio Piping upgrade / Yoshimura RAcing Piping.
2. Upgrade Block+Piston 300cc set.
3. Chain + Spoket racing set.
4. Light durable Tyre + Rim.

Tapi x la jamin sampai 2++km/j sebab motor ni bukanlah direka untuk berlumba melainkan komuting atau kegunaan harian. :) Thanks.

dragon77 said...

Di area petaling jaya tempat mne yg murah untuk beli motor kawasaki 250 diatas.... harap dapat membantu

AkuMalas said...

@dragon77Hello Dragon!!thanks kerana comment, Setakat ni.. ada 1 yang syarikat yg rakan2 aku kata boleh bagi harga yg manis seperti madu di area semenanjung.. iaitu Tropicana Motorworld.

Address: Tropicana Motorworld,
No 1081, Jalan Ipoh, Mukim Batu, 51200 Kuala Lumpur
Fax No: 03-33412742
Mobile No: 012 7892532

Kalau kat Petaling Jaya tu, saya tak pasti la. Sebab harga superbike ni ikut company la. Tapi, yang ini paling ok setakat ni. Lagipun mereka boleh tolong hantar saya dengar. (^_^)

Harap dapat membantu.

Jangan lupa check ini juga, agak ok harganya.

Address:
460-461, Jalan 182A,
460-461, Jalan 18/2A, Taman Sri Serdang, 43300 Seri Kembangan, Selangor.
Phone No: 03-8948 2877
Fax No: 03-8948 4070
Mobile No: 016-205 2997

Anonymous said...

Salam..nk tya dr segi kos minyak..1lit leh g bpe km?

AkuMalas said...

@Anonymouskalau factory made untuk Ninja 300cc 53Mile per-gallon. Kalau di Malaysia 250cc ia jauh lebih jauh rasanya.. Kalau ER6 yg berkuasa besar, ia hanya mampu meluncur sejauh 37mile per-gallon.. TQ.

sony neo said...

bro,,,tumpang tye.. aku sgt minat ngn ninja ni sbb bentuk dy mmg kene ngn citarasa..cume skang ni berbelah bahagi sbb ad memb2 kata better beli naza 250 or 650 kalau nk lebih puas hati.. boleh tolg bg pndpt ckit..
p/s: bru nk berjinak2..tq

AkuMalas said...

@sony neo Salam sejahtera dan selamat Hari Raya. Naza Blade merupakan bike Korea dan teknologi v engine dia memang ok. Pada harga yang berpatutan, anda sedang berada di laluan yang betul jika anda beru berjinak. Bike yang telah mengalami banyak pembaharuan sejak ia diperkenalkan di Malaysia. Thanks to NAZA yang telah memperkenalkan bike ini. Yang kurangnya, body bike ini agak besar dan berat untuk enjin 250cc. Kalau yang 650 to..memang sesuai lah. Tetapi bagi saya, body yg besar sememangnya sangat menawan, cuma kena perihatin dengan enjin dia. Harap membantu.

Penah aku bawa bike ini, test ride di Wong Moto Miri, smooth dan selesa. memang besar dan cun. Dapat upgrade lagi guna TBR mode.

Anonymous said...

Mana lebih baik z250 atau 250r?

AkuMalas said...

@Anonymous Hello sekali lagi kepada Mr. Anonymous:

Berdasarkan pembacaan dan pengalaman aku menaiki Kawasaki Z250 dan 250R ( Kawan Punya ). Aku dapat simpulkan bahawa kedua dua bike sangat baik dan memiliki kelebihan dan kelemahannya. Hope pengalaman aku dapat membantu.

Z250. A NAKED STREET HEBAT PUNYA BIKE!
dah lah ringan, enjin sama dengan 250R. Well, bike ni sesuai untuk mereka yang gemarkan tungangan lasak or buat stunt. Kedudukannya lebih selesa kerana posisi badan menegak (jika di adjust) TETAPI!!! Sebab bike ni naked, dia lebih berisiko mengalami kes "overshoot" terutamanya semasa kenderaan lain ( yg besar dan berangin tu ) lalu dan menyebabkan udara menjadi perintang. Tak seperti versi 250R yang ada fairing yang membantu aliran udara yang lebih aerodynamic.

KAWASAKI 250R FUYOHH! ALA ALA ROSSI!
ya, rossi ride Yamaha, hehe! tapi, jika anda berminat dengan gaya sporty dan rajin memeluk tangki minya tanpa mengendahkan rasa punggung yang awww...awwwuch! inilah bike yang aerodynamic untuk anda. Terkenal dengan gaya yang ganas sememangnya bike ini sesuai untuk kelajuan. Enjin bike ni sama feel dengan Z250. Tapi, pecutan lebih baik.. mungkin kerana fairringnya?

Harap dapat membantu.

( Kalau aku, aku cari yang murah, then mody habis.. haha! )

Aminudin Ahmad said...

Salam bro. Saya baru nak plan beli motor besar sikit untuk bawak pergi kerja yg agak jauh dari rumah saya. Currently saya pakai LC je . Saya ada usha Duke 200/ Ninja 250 R / Z250SL . Antara ketiga-tiga ni,yang mana bro rasa sesuiai untuk tujuan saya ? Klaau boleh yg paling pick up dan laju. Hehe

AkuMalas said...

@Aminudin Ahmad Salam sejahtera kawan. Untuk kerja dan ulang alik sememangnya memerlukan penungangan yang selesa. Keselamatan harus diutamakan jika bergegas nak memotong dan menghentikan bike. pilihan terbaik adalah antara Kawa SL dan Duke. Kerana ia memiliki daya pecutan yang tinggi. Apa2 pun,saya cadangkan Tuan test dulu. ambik feel.. baru buat keputusan. (^_^) Thenks.

Anonymous said...

Aku dh angkat dah ninja 250r efi special edition yg warna kuning hitam tu ..
Pastu aku tukar ekzos akra full system
Aku buang ekor blakang
Pasang single seat
Waaalaaaaweeehhhhhh ....
Motor gua semart gile dowh
Baik angkat ninja 250 nih
Lu org xkan menyesal pny

AkuMalas said...

@Anonymous Wow! macam menarik jer!! Tu dia bukti kepuasan pelanggan Kawasaki. Boleh share ga,bar untuk saya publishkan dalam Blog ini. Hantar ke chrisrockingstone88@gmail.com

Anonymous said...

Kawa 250SL kale apa yang cantik ?

Unknown said...

Nak Tanya saat ninja 250se kunci ada chip kah?

Chrisroyston Bakum said...

@Anonymous salam sejahtera hahahaha nak tahu warna apa yang paling cantik? Ambik warna hijau biar nampak lebih besar kerana kalau ambil warna hitam kelihatan agak slim. Ini kita sebut kesan warna. Kalau ambik warna hitam ada juga kelebihannya jika kita main sticker. Warna hitam boleh kita edit sedikit supaya nampak lebih sporty. Hijau memang kemas dan berwarna kawasaki original. Kalau ditanya aku sememangnya warna hijau aku pilih.

Chrisroyston Bakum said...

@Unknown kunci chip apa yang dimaksudkan? Adakah sistem immobilizer? X ada rasanya. Hehe. Sistem ini sangat bagus supaya menyusahkan mereka yang nak curi motor kita. Mereka mungkin dapat buka kunci dan sambung wayar untuk hidupkan motor tetapi... jengjengjeng.. moto takkan hidup kalau tak ada cip itu. Tapi ada kabar angin menyatakan pencuri zaman sekarang lebih hebat kerana mereka dapat overwrite benda tu.hehe.

Unknown said...

Berape anggaran untuk kos maintenance tiap bulan?n roadtax?tgh kire bajet gak ni, kang bulanan lepas tp maintenance xikut schedule..

Chrisroyston Bakum said...

@Unknown Anggarannya tak mahal, suam-suam kuku. Bulanan punya bayaran sekitar Rm4++ boleh lah. Kalau bayar sekitar 6-7 tahun. Roadtax sekitar Rm2++. Kalau mantain dia punya tayar dan minyak tu.. bergantung dengan KM yang u dah ride. Biasa sekitar Rm800 utk tayar ( Jenama Maxxis dan sewaktu dengannya ) minyak biar pakai yg terbaik.. Around Rm120 termasuk filter. Total dalam masa setahun utk mantain.. RM1200.. tak termasuk bayaran bulanan dan kos Modify u.haha! Thanks.

Post a Comment

Tanya la apa sahaja, nanti aku cuba jawab sebagai pemalas. Thanks. +1 Luck pada yang comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Aku dah Tulis

Recent Posts Widget

Featured Post

FZ 150 berkepala Kawasaki Z

You ingat manusia saja dapat buat pembedahan kosmetik tukar hidung tukar mata? Itu belum cukup dahsyat sebab manusia setakat tukar hidung ...