AKU MALAS

AKU MALAS
Kemalasan mengamit jemari sehingga merasakan apa yang di hati perlu dicoret. Pengertian akan makna malas itu hanya menjelaskan kepada rasa yang wujud untuk aku bergerak dikala enggan lagi berdiam diri. Ya, aku malas untuk berdiam diri. Ada yang menyatakan malas itu tidak elok, namun bagiku ia bergantung kepada pengamatan definisi malas itu dari aspek peribadi bukannya fonetik semata-mata. Sehinggakan aku terfikir untuk berhenti namun masih juga mata membaca blog ini... malas untuk berhenti? Selamat datang ke dalam blog Aku Malas, kisah di sebalik kehidupan di tanah ini.(Sarawak Blogger)

Kawan-kawan

Cabaran Exam Week!! Minggu ujian!!

Hello, salam sejahtera kepada semua yang melepak di dalam blog ini. Hari ini aku nak ceritakan perkara yang berkaitan dengan minggu exam atau minggu perperiksaan memandangkan tak lama lagi Ujian akan melanda IPGKS Miri. Rasanya ujian ini akan melanda semua IPG di Malaysia lah. Ok, berbalik kepada tajuk di atas. Mana-mana ujian di dunia ini sememangnya membuatkan kita berasa agak risau. Bagi mereka yang tidak risau tu, mungkin mereka dah ready awal dan sangat yakin atau subjek yang akan mereka duduki pada hari tersebut adalah subjek yang mereka gemari. Jadi mereka tak la risau sangat...

Bagi spesis aku yang agak malas ni, tahu juga la aku risau. Oleh hal yang demikian aku akan mengulang kaji awal. Agar aku dapat ingat apa yang dipelajari selama ini. Namun, bukannya mudah mengulang kaji sebab terdaat beberapa cabaran yang aku hadapi semasa mengulang kaji. Berikut merupakan antara cabarannya:

1. Bunyi notification FB / Laman web sangat menganggu.
2. Bosan baca buku yang tiada gambar.
3. Letih study sambil duduk.
4. Kalau baring-baring, buku pulak yang baca aku.
5. Ulang kaji menjadi sesi menghafal.

Memandangkan aku ni malas tahap dewa, aku gunakan cara yang aku suka dan sangat berkesan. Yeahhh.. Aku mengulang kaji menggunakan POWERPOINT yang telah aku kumpul dari Tutorial sebelum ini. Setelah aku mengulang kaji menggunakan Powerpoint, aku akan merujuk kembali sumber yang dapat menyokong maklumat di dalam bahan yang aku baca. Kan best macam ni? tak susah..  Well, aku off kan dulu internet agar tiada ganguan. Hehehe..

Memandangkan aku jenis yang mudah hilang fokus bila duduk lama dan membaca buku yang tiada gambar, aku akan sediakan makanan dan minuman di tepi meja. Ini akan membantu aku menghilangkan tekanan dan kebosanan semasa belajar. Hehehe.. demikianlah cara aku mengatasi kelemahan aku ni. Jika tidak.. haa.. anda lihat la gambar di bawah..ini akan terjadi.

Blur.. blurr.. akhirnya tiada hasil.

Lupa makan dan pengsan.

Wow!! Tekanan mental! sampai keluar power!
Sekian sahaja untuk hari ini, semoga anda semua gembira di sana. Selamat bersantai dan lepak di dunia maya. (^_^)

0 Comment:

Post a Comment

Tanya la apa sahaja, nanti aku cuba jawab sebagai pemalas. Thanks. +1 Luck pada yang comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Aku dah Tulis

Recent Posts Widget

Featured Post

FZ 150 berkepala Kawasaki Z

You ingat manusia saja dapat buat pembedahan kosmetik tukar hidung tukar mata? Itu belum cukup dahsyat sebab manusia setakat tukar hidung ...