AKU MALAS

AKU MALAS
Kemalasan mengamit jemari sehingga merasakan apa yang di hati perlu dicoret. Pengertian akan makna malas itu hanya menjelaskan kepada rasa yang wujud untuk aku bergerak dikala enggan lagi berdiam diri. Ya, aku malas untuk berdiam diri. Ada yang menyatakan malas itu tidak elok, namun bagiku ia bergantung kepada pengamatan definisi malas itu dari aspek peribadi bukannya fonetik semata-mata. Sehinggakan aku terfikir untuk berhenti namun masih juga mata membaca blog ini... malas untuk berhenti? Selamat datang ke dalam blog Aku Malas, kisah di sebalik kehidupan di tanah ini.(Sarawak Blogger)

Kawan-kawan

Leka dengan warna air kencing

Salam sejahtera kepada semua yang sedang membaca blog yang bercampur aduk ni. Ok, hari ini aku nak continue dengan tajuk yang berkaitan dengan kesihatan. Kalau u all nak baca mengenai ulasan akau tentang penyakit lain-lain sebelum ni. bolehlah ketik / kelik / klick / klik / pautan di tepi ni. --- PENYAKIT ---


Baiklah!! Today aku nak bercerita sedikit mengenai warna air kencing. Jarang sekali kita mengambil berat akan warna air kencing kita memandangkan kita agak berasa kurang selesa jika dibawa berbincang atau memberi perhatian mengenai bahan kumuh. Tambahan pula, tidak semua orang suka menghayati detik-detik melihat bahan kumuh iotu dilepaskan di dalam mangkuk tandas. Jika ditanya kepada semua orang, tidak semua yang rajin untuk melihat proses tersebut sedang dijalankan apa lagi, jika topik tersebut dibawa sewaktu sesi makan malam. HAhahah!


Ok, tahukah anda? bahawa warna air kencing kita menjelaskan keadaan fizikal kita? Sememangnya air kencing itu adalah hasil proses perkumuhan badan kita. Apa yang terjadi di dalam badan kita akan dijelaskan melalui banyak petunjuk. Air kencing merupakan salah satu petunjuk yang paling senang untuk kita lihat dan kesan. Mungkin tidak banyak orang yang mengambil berat akan warna air kencing mereka, aku harap selepas ini, kita semua akan lebih prihatin dengan kesihatan diri sendiri la.


Kita hendaklah menjaga pengambilan air di dalam badan kita, agar kita dapat mengelakkan diri daripada terkena pelbagai jenis penyakit. Banyak penyakit yang disebabkan kurangnya perhatian kita dalam mengambil air yang cukup dan bersih. Panyakit buah pingang merupakan antara kesan daripada tebiat yang tidak baik ini. 


Warna air kencing bukan sahaja disebabkan pengambilan air. Ia juga menunjukkan keadaan pada organ perkumuhan kita. Pendarahan dalaman juga boleh berlaku disebabkan pelbagai faktor. Oleh hal yang demikian, kita hendaklah merujuk golongan pakar atau pergi jer ke hospital untuk membuat pemeriksaan kesihatan jika terdapat kejanggalan dalam warna air kencing kita.

Sekian sahaja kali ini, tak banyak yang nak dikongsi. Cuma nak memperingatkan kita tentang perkara yang sering kita lupa iaitu, Makna warna air kencing kita. Kalau air kencing kamu warnanya lain dari yang disenaraikan seperti di atas, cepat-cepat la jumpa pakar. Jangan sampai ada yang warna biru dan hijau.. bernanah!! wow!! geli nya!! hahaha! bye3!! (*^_^*)

Sumber Rujukan:

0 Comment:

Post a Comment

Tanya la apa sahaja, nanti aku cuba jawab sebagai pemalas. Thanks. +1 Luck pada yang comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Aku dah Tulis

Recent Posts Widget

Featured Post

FZ 150 berkepala Kawasaki Z

You ingat manusia saja dapat buat pembedahan kosmetik tukar hidung tukar mata? Itu belum cukup dahsyat sebab manusia setakat tukar hidung ...