AKU MALAS

AKU MALAS
Kemalasan mengamit jemari sehingga merasakan apa yang di hati perlu dicoret. Pengertian akan makna malas itu hanya menjelaskan kepada rasa yang wujud untuk aku bergerak dikala enggan lagi berdiam diri. Ya, aku malas untuk berdiam diri. Ada yang menyatakan malas itu tidak elok, namun bagiku ia bergantung kepada pengamatan definisi malas itu dari aspek peribadi bukannya fonetik semata-mata. Sehinggakan aku terfikir untuk berhenti namun masih juga mata membaca blog ini... malas untuk berhenti? Selamat datang ke dalam blog Aku Malas, kisah di sebalik kehidupan di tanah ini.(Sarawak Blogger)

Kawan-kawan

Perkerjaan yang paling mencabar di dunia!! Tidak ramai yang mampu...

Salam sejahtera kepada anda yang sedang membaca tulisan si pemalas ini. Anda tentu nak tahu apakah perkerjaan yang paling mencabar kan? Ok, setakat ni secara kasar aku senaraikan beberapa ciri perkerjaan yang harus memenangi anugerah Perkerjaan Paling Mencabar di dunia!! berikut merupakan cirinya:

1. Bangun awal
2. Sibuk sepanjang masa
3. Kepelbagaian tugas
4. Gaji kecil
5. Masa berkerja melebihi masa rehat
6. Rehat kurang dari 6 jam
7. Sentiasa dipantau
8. Melibatkan emosi klien

Ok, sekarang cuba anda fikirkan apakah perkerjaan tersebut. Sambil sambil itu anda bolehlah scrool down untuk melihat beberapa perkerjaan yang boleh dikatakan mencabar. Tak kira jenis perkerjaan itu, kita mesti menghormati pekerja-pekerja itu. Sebab mereka pun adalah manusia. Tambahan pula, semua perkerjaan di dunia harus dihormati, kecuali yang tak halal punya kerja la..

Stressnyer kerja, sampai digigit laptop tu! Kerja di office jadi orang bawahan ni payah juga kan?

Tiap hari memotong daging, stress ker bang? Lepas ni nak potong orang yang kasi harga daging naik?

Stress juga mamat Bomba ni! sampai buka baju.. biasa la.. susah kerja lawan dengan api..

Ni nak buat apa dengan budak ni? Kena pikir juga kan? susah juga kerja jadi Polis..hehehe!

Kerja buruh, wow.. memerihkan. Bepanas berhujan demi sesuap nasi.

Ni kes apa pulak? Risiko kerja yang kaw..kaw!! hahaha!

Penyanyi pun susah weii.. ada rutin, kena hafal lagu, kena pandai pikat hati. Malamnya sibuk melihat jadual persembahan yang banyak.
OK, anda dah fikirkan perkerjaan yang paling mencabar? Banyak perkerjaan yang mencabar di dunia ini kan? Namun hanya satu sahaja perkerjaan yang paling mencabar sehinggakan perkerjaan-perkerjaan yang di atas ni masih lagi bergantung dengan perkerjaan yang paling sukar ni. Anda pasti nak tahu? Jika anda nak tahu, bacalah petikan di bawah...

Awak kata awal paling awal bangun kerja turun ke pejabat, Isterimu atau mak kamu dah bangun menyediakan sarapan pagimu... Awak kata awak kerja sampai 5pm, isterimu masih berkerja memerhatikan anak-anakmu. Awak baru nak balik mula relax main lempar-lempar baju ke atas sofa, Istermu sedang menyediakan makan malam untukmu... Awak baru nak tidur malam dan melepaskan lelah, Isterimu menunggu dirimu tidur dan menyelimutimu.. kemudian keluar bilik untuk memastikan suis lampu dan tutup dan ambik masa juga menjenguk anak yang sedang nyenyak tidur.. 


Kamu sedang dibuai mimpi, dia pula berfikir tentang bekalan makanan bulan ini untuk dirimu dan anak... dia risau harga barangan semakin naik.. dia juga risau untuk meminta darimu wang saku lebih untuk membeli makanan.. kerana ingin menjaga hatimu.. Dia memikirkan juga cintamu pada nya yang telah bergelar Isteri dan Mak kepada anakmu.. Dia tidak meminta gaju pun, dia hanya perlukan kasih sayang.. Well? jawapannya adalah?... masih fikir?..


Saya sayang mak saya, maka.. dari kerinduan ini, aku sampaikan salam hari ibu kepada semua ibu di dunia. Saya respek u all!! Mak... saya jauh di perantauan, saya sanyang ak sebab jaga saya dari kecil sampai sekarang.. Mak, saya selalu dengar mak berdoa bila masa saya balik kampung.. mak ada sebut nama saya kan? I love u.. Selamat hari ibu dari aku yang merintih rindu di IPGKS Miri.

0 Comment:

Post a Comment

Tanya la apa sahaja, nanti aku cuba jawab sebagai pemalas. Thanks. +1 Luck pada yang comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Aku dah Tulis

Recent Posts Widget

Featured Post

FZ 150 berkepala Kawasaki Z

You ingat manusia saja dapat buat pembedahan kosmetik tukar hidung tukar mata? Itu belum cukup dahsyat sebab manusia setakat tukar hidung ...