AKU MALAS

AKU MALAS
Kemalasan mengamit jemari sehingga merasakan apa yang di hati perlu dicoret. Pengertian akan makna malas itu hanya menjelaskan kepada rasa yang wujud untuk aku bergerak dikala enggan lagi berdiam diri. Ya, aku malas untuk berdiam diri. Ada yang menyatakan malas itu tidak elok, namun bagiku ia bergantung kepada pengamatan definisi malas itu dari aspek peribadi bukannya fonetik semata-mata. Sehinggakan aku terfikir untuk berhenti namun masih juga mata membaca blog ini... malas untuk berhenti? Selamat datang ke dalam blog Aku Malas, kisah di sebalik kehidupan di tanah ini.(Sarawak Blogger)

Kawan-kawan

Soalnya cinta yang menjadikan kita gila


Ada yang menyatakan cinta adalah anugerah terindah untuk semua manusia yang memiliki akal. Ada yang mengatakan bahawa cinta adalah tindak balas semulajadi hormon yang membantu manusia mengesan pasangan yang sangat sesuai bakanya untuk meneruskan generasi. Apa-apa pun yang mereka kata dan anda fikirkan tentang cinta, yang pasti cinta ini sungguh mengusik jiwa. Adanya kita yang miliki hati, hati yang sungguh misteri. Kerana cinta misteri itu menjadi kecelaruan sehinggakan kita merasakan tidak sempurna jika tanpa hadirnya cinta.


Bahayanya cinta itu apabila orang yang berjaya menawan hati kita sukar untuk kita fahami. Maka timbullah pelbagai persoalan dan keraguan dalam cinta itu. Namun kita sungguh luar biasa, kita ini pelik. Kerana hati kita adakalanya mencintai seseorang itu tanpa alasan dan sebab. Cinta itu terjadi begitu sahaja. Seronok juga mencinta walaupun si cinta itu agak ego dan kejam bertentangan dengan sifat kita. Namun kita seronok, pelik juga cinta ini.


Jangan keliru, kita sering mengibaratkan bercinta ini seperti memilih baju. Selidiki dahulu, pastikan perasaan itu adalah cinta bukannya suka suka. Kerana pada pandangan aku, cinta ini harus diakhiri dengan pernikahan. Tiada ruang untuk curang atau melaksanakan sebuah permainan. Jangan memandai nak jadikan dunia ini pentas drama cinta. Kerana kita bukan berpegang kepada laluan pencinta lagenda kasanova. Bertukar-tukar sahaja, cinta itu manusia. Bukannya baju yang boleh kau tukar-tukar menuruti hari.


Banyak persoalan sering kita ajukan di hadapan cermin. Dia sayang aku ke? Dia di mana? Apa penghujung cinta ini? Semua persoalan itu timbul bukan disebabkan keraguan semata-mata. Ia timbul kerana adanya kemanisan cinta. Kerana takut akan kehilangannya, kita sering bertanya. Ibarat terjun ke dalam lautan yang penuh persoalan, kita lemas.. kita terkapai-kapai bila kerinduan. Inilah cinta, bila berjauhan kita rindu. kemudian adanya rasa nak bertemu.


Tapi pelik, zaman sekarang ni ada juga yang bercinta tapi tak pernah berjumpa. Cinta jarak jauh katakan. Cuma bersua di dalam Facebook. Inikah cinta? ya, kerana cinta ini sangat ajaib. Cinta ini tidak diduga. Kita tak mampu menetapkan keadaan kita dijodohkan. Dimanakah senjata utama cinta manusia? Adakah pada jaraknya? atau pada keunikan kisahnya? Cinta ini banyak liku nya. Persimpangan dan perhentian sentiasa ada. Namun tidak semua yang dapat tiba di destenasi bersama-sama. Ada yang kecundang..


Biarkan waktu yang menilai kita, Kenangan dalam pertemuan menjadikan kita tersenyum seketika macam orang gila. Dikala kerinduan, seperti penagih dadah pula. Hidup tak keruan. Cinta ini memang pelik, 1 hari tak berhubung seperti 1000 hari rasanya. Cinta ini membuatkan kita tidak betul sebenarnya.hahaha! aduh..aduh.. tak apa, di sini.. masa yang berkuasa. Serahkan cinta kepada sang Pencipta di dalam doa. Berusaha untuk menjaganya selagi ada. Jangan mudah menyerah dalam bercinta, kerana ia adalah nyawa, bukannya permainan semata-mata. Sekian.

4 Comment:

Rapunzeel Cikilolo said...

cinta orang yang mencintai kite okey

:)

AkuMalas said...

@Rapunzeel CikiloloOk, semestinya. (^_^)

Frank Fortyeight said...

Jangan mencari cinta ketika sunyi, carilah cinta apabila kita ingin saling memiliki dan menyayangi

AkuMalas said...

@Frank FortyeightBetul tu bro. Well, i will think about ur idea. apa2 pun aku sokong..

Post a Comment

Tanya la apa sahaja, nanti aku cuba jawab sebagai pemalas. Thanks. +1 Luck pada yang comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Aku dah Tulis

Recent Posts Widget

Featured Post

FZ 150 berkepala Kawasaki Z

You ingat manusia saja dapat buat pembedahan kosmetik tukar hidung tukar mata? Itu belum cukup dahsyat sebab manusia setakat tukar hidung ...