AKU MALAS

AKU MALAS
Kemalasan mengamit jemari sehingga merasakan apa yang di hati perlu dicoret. Pengertian akan makna malas itu hanya menjelaskan kepada rasa yang wujud untuk aku bergerak dikala enggan lagi berdiam diri. Ya, aku malas untuk berdiam diri. Ada yang menyatakan malas itu tidak elok, namun bagiku ia bergantung kepada pengamatan definisi malas itu dari aspek peribadi bukannya fonetik semata-mata. Sehinggakan aku terfikir untuk berhenti namun masih juga mata membaca blog ini... malas untuk berhenti? Selamat datang ke dalam blog Aku Malas, kisah di sebalik kehidupan di tanah ini.(Sarawak Blogger)

Kawan-kawan

Kembali ke alam Nyata

Kawan-kawan
Salam sejahtera kepada semuayang membaca update Blog Aku Malas ini. Sebenarnya nama blog jer yang malas, tapi orangnya tak lah hardcore malas sangat. So, apa tajuk hari ini? "Kembali ke alam nyata.." Setelah 3 bulan bercuti dari dunia IPGKS Miri, kini tibalah waktunya untuk aku sedar untuk meneruskan perjalanan yang sudah tidak lama lagi di IPGKS Miri a.k.a Maktab

Bersama rakan.
5 tahun di dunia IPGKS Miri telah memberikan aku banyak cerita dan kisah. Segala hitam putih pahit manis perjalanan untuk menjadi seorang guru Seni Visual aku telan agar dalam dan luar aku menjadi kuat. Cuti yang lalu menyedarkan aku bahawa usia ini bergerak laju takala banyak perkara yang bermain di minda. Maklumlah, tahun terakhir dan semester terakhir di IPGKS Miri banyak menuntut pengorbanan. File kena siap begitu juga kajian tindakan yang bertaraf grand tidak lupa juga projek akhir semester. Wow, semuanya bisa membikin kepala bergoncang beb! hahaha!

Setelah mengharungi 7 jam perjalanan dari Pakan- Sarikei- Sibu- Bintulu- Miri, akhirnya aku menyandarkan kelesuan seketika di alam kayangan mimpi. Terjaganya aku selepas tidur, aku masih terawang-awang di rumah. Hahaha, semakin lama aku bercuti, semakin siksa rasanya. Mungkin, aku bukan jenis yang suka sangat cuti panjang. Tangan dan otak terasa gatal bila lama tak berkerja. Sekarang aku menulis blog, moga-moga terubat juga rasa gatal ni. Hahaha!

Driving 7 jam memerihkan aku.
Miri, 5 tahun bukan masa yang pendek. Kalau aku dah kahwin dan berkerja, bisa ku dirikan rumah berserta 2 orang anak yang comel untuk jangka masa itu. 5 tahun yang penuh penantian dan kenangan. Kini aku bergumul dengan 4 bulan terakhir di sini. June-Oktober menjadi titik tanda buat aku yang telah mengunci mulut bernekad untuk mengengam segulung ijazah perguruan.

Impian dan cabaran selama 5 tahun tiada titik noktah.
Nampaknya mulai hari ini aku harus lebih nekad dalam perjuangan detik-detik akhir ini. Biarlah ianya bermula dengan catatan blog ini. Agar menjadi peringatan buatku, demi merancang dan merekod segala keperluan yang mengatasi kehendak bagi semester terakhir ini. Apa yang bermain di dalam mindaku adalah, 40 buah portfolio, Projek akhir semester, Internship, Kajian tindakan dan fail peribadi. Semuanya itu bergantung pada 4 bulan terakhir ini. (^_^) Sekian.

0 Comment:

Post a Comment

Tanya la apa sahaja, nanti aku cuba jawab sebagai pemalas. Thanks. +1 Luck pada yang comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Aku dah Tulis

Recent Posts Widget

Featured Post

FZ 150 berkepala Kawasaki Z

You ingat manusia saja dapat buat pembedahan kosmetik tukar hidung tukar mata? Itu belum cukup dahsyat sebab manusia setakat tukar hidung ...