AKU MALAS

AKU MALAS
Kemalasan mengamit jemari sehingga merasakan apa yang di hati perlu dicoret. Pengertian akan makna malas itu hanya menjelaskan kepada rasa yang wujud untuk aku bergerak dikala enggan lagi berdiam diri. Ya, aku malas untuk berdiam diri. Ada yang menyatakan malas itu tidak elok, namun bagiku ia bergantung kepada pengamatan definisi malas itu dari aspek peribadi bukannya fonetik semata-mata. Sehinggakan aku terfikir untuk berhenti namun masih juga mata membaca blog ini... malas untuk berhenti? Selamat datang ke dalam blog Aku Malas, kisah di sebalik kehidupan di tanah ini.(Sarawak Blogger)

Kawan-kawan

Noma pemusnah kejelitaan terunggul!

Salam sejahtera kepada anda yang sedang membaca blog aku malas ini. Hari ini aku nak share mengenai sejenis penyakit yang sangat merbahaya dan memiliki kadar kematian yang tinggi bagi penghidapnya. Tapi jangan risau, di negara Malaysia ( Negara kita= untuk pembaca org Malaysia ) jarang sekali kita mendengar kes ini berlaku di sekitar kita. Mempersembahkan NOMA.


Penyakit Noma juga dikenali sebagai dengan nama cancrum oris atau gangrenous stomatitis. Penyakit ini amat cepat merebak dan memusnahkan tisu muka. Penyakit ini bermula di dalam mulut dan disebabkan oleh bakteria yang dikenali sebagai Borrelia vincentii, Porphyromonas gingivalis, Tannerella forsynthesis, Treponema denticola, Staphylococcus aureus, and nonhemolytic Streptococcus spp. Gambar di bawah menunjukkan keadaan penghidap penyakit Noma.








Kita boleh mengurangkan risiko terkena penyakit ini melalui menjaga kebersihan makanan, dan mengambil zat makan yang mecukupi agar badan kita memiliki sistem imunisasi yang kuat. Faktor kebersihan sumber air dan tandas juga memainkan peranan yang penting. Biasanya penghidap AIDS akan berkemungkinan besar untuk mengalami penyakit ini dan menerima kesan yang teruk memandangkan badan mereka tidak mempu melawan penyakit ini dengan segera dan meyebabkan ia berebak dengan segera.


Penyakit ini dapat dirawat menggunakan beberapa jenis antibiotik dan kesan luka tersebut harus diperbaiki menggunakan pembedahan muka agar muka kelihatan lebih baik setelah rosak dan berfungsi. Gambar di bawah adalah gambar pembedahan memperbaiki muka disebabkan penyakit ini:



Terima kasih kepada anda yang telah membaca ruangan ini, semoga sedikit sebanyak maklumat yang dikongsikan ini dapat membuka minda kita tentang kehidupan di dunia ini. Banyak penyakit yang dasyat di luar sana, kita hendaklah bersyukur kerana kita masih bernyawa dan mempu menjalani kehidupan dengan sihat. Oleh itu, jagalah kebersihan dan sentiasa bersyukur dengan apa yang kita miliki. Sekian.

Sumber:

0 Comment:

Post a Comment

Tanya la apa sahaja, nanti aku cuba jawab sebagai pemalas. Thanks. +1 Luck pada yang comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Aku dah Tulis

Recent Posts Widget

Featured Post

FZ 150 berkepala Kawasaki Z

You ingat manusia saja dapat buat pembedahan kosmetik tukar hidung tukar mata? Itu belum cukup dahsyat sebab manusia setakat tukar hidung ...