AKU MALAS

AKU MALAS
Kemalasan mengamit jemari sehingga merasakan apa yang di hati perlu dicoret. Pengertian akan makna malas itu hanya menjelaskan kepada rasa yang wujud untuk aku bergerak dikala enggan lagi berdiam diri. Ya, aku malas untuk berdiam diri. Ada yang menyatakan malas itu tidak elok, namun bagiku ia bergantung kepada pengamatan definisi malas itu dari aspek peribadi bukannya fonetik semata-mata. Sehinggakan aku terfikir untuk berhenti namun masih juga mata membaca blog ini... malas untuk berhenti? Selamat datang ke dalam blog Aku Malas, kisah di sebalik kehidupan di tanah ini.(Sarawak Blogger)

Kawan-kawan

Baru kau sedari Cikgu ( Kisah Benar )


Gambar Hiasan- Ada satu cerita tentang seorang guru. Terasa dirinya marah di saat guru besar yang baru memberikan tanggungjawab kepada dirinya mengajar kelas yang teruk. Sedangkan selama ini dia mengajar kelas-kelas Top kelas cermelang. Dikala terasa dianiayai oleh guru besar baru tersebut guru itu mengambil tindakan untuk bersemuka dengan guru besar yang sama usia dan pangkat serta gaji dengan nya.

" Aku nak jumpa guru besar tersebut, apa aku kisah, umur aku sama dengannya, lagipun aku lebih tua beberapa bulan darinya, gaji aku pun agak besar, gred pun sama.. apa aku takut, aku pun guru cermelang.. apa kes dia letak aku kat kelas paling hujung? " Demikianlah guru tersebut menolog dalaman sebelum menerjah pintu guru besar.

Muka budak buka mulut hehe..
Terus di saat bersemuka dia menhujankan jutaan ketidakpuasan kepada guru besar tersebut. Dengan bersahaja guru besar tersebut menjawab setiap pertanyaan guru itu. Namun setiap jawapan tersebut tidak mengena sasaran yang diingini. Akhirnya guru tersebut akur dengan kehendak guru besar. Mahu tak mahu kena ajar juga kelas yang hujung tu. Rasa malu dan tertekan dengan tugas yang low class mengajar budak-budak teruk dan nakal. Semua itu menyelimuti hatinya.


15 tahun kemudian. Selepas banyak UPSR dilalui..

Menerjah guru tersebut masuk ke bilik guru besar dengan air mata berlinangan di pipi.. sambil berkata " Baru aku sedari " Mengapa guru tersebut berkata sedemikian? Berikut merupakan kejadian yang berlaku 10 minit yang lalu..

Cikgu: Hiss hujan lagi... Alamak!!  ( Kereta terbabas disebabkan jalan licin )
Lelaki: Kenapa ni cikgu?
Cikgu: Tolong saya, kereta saya masuk longkang.. entah kenapa tergelincir.. Dari tadi tunggu orang tolong tak ada seorang pun nak bantu.
Lelaki:Tak apa, biar saya bantu..
Cikgu: Ya, tapi bagaimana kamu kenal saya cikgu.
Lelaki: Kan cikgu selalu marah saya dulu. Saya kan budak-budak dari kelas hujung tu. Yang pernah baling cikgu guna pemadam..hehehe!
Cikgu: (Terdiam sambil tersenyum)
Lelaki: Cikgu pakai dulu kereta saya (sambil menyerahkan kunci kereta mewah Jaguar )
Cikgu: Hehehe.. tak apa ke? kreta cikgu kreta kancil manual. Kamu pandai bawa?
Lelaki: Senang jer tu cikgu, cikgu masih di sekolah lama dulu kan?
Cikgu: Ya..
Lelaki: Cepat la ke sekolah cikgu, nanti kelas mula. Saya tak apa, sebab saya ni kerja lewat.
Cikgu: Baiklah, Minta nombor telefon.. Nama kamu siapa? Cikgu dah lupa. Banyak sangat murid cikgu dah ajar.. hehe..

Cikgu tan terdiam " Banyak kali terserempak dengan budak-budak saya dari kelas cermelang di bandar atau di syarikat-syarikat besar, senyum pun tidak, kalau ada pun mereka hanya terus ke hadapan mengejar kejayaan tanpa menoleh ke belakang, saya yang sudah berada di belakang, tapi.. budak yang saya anggap nakal ini sering menegur saya.. budak yang saya caci dan marah pula kerap kali menegur saya di kedai atau warung. "

10 tahun sebelum itu..


Budak: Cikgu cikgu!! Cikgu buat apa di taman pesta ni?
Cikgu: Saya bawa keluarga saya jalan-jalan.
Budak: Cikgu boleh saya bantu bawa barang cikgu?
Cikgu: Jangan! Kamu main dengan kawan kamu.
Budak: Baik boss! ( Masih di situ tanpa berganjak sambil senyum )
Cikgu: Siapa dengan kamu tadi?
Budak: Tuu.. budak kelas A. Mereka tak mau kawan saya.
Cikgu: Pergi lah kawan dengan mereka
Budak: Ok cikgu.. jumpa lagi cikgu.
Cikgu: Berfikir ( Hiss, dah dasar budak kelas hujung..kelas teruk.. tak habis habis nak kacau aku.. Mana budak-budak cermelang aku ni? mereka tak bersama keluarga ke melawat tapak pesta ni? Eh, ada juga mereka.. mungkin sibuk bersama keluarga agaknya )

GURU BESAR! KINI SAYA FAHAM MENGAPA KAMU BAGI SAYA KELAS YANG TERUK UNTUK DIAJAR.. TERIMA KASIH...-Diilhamkan oleh Pengarah IPGKS Miri 2013.

0 Comment:

Post a Comment

Tanya la apa sahaja, nanti aku cuba jawab sebagai pemalas. Thanks. +1 Luck pada yang comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Aku dah Tulis

Recent Posts Widget

Featured Post

FZ 150 berkepala Kawasaki Z

You ingat manusia saja dapat buat pembedahan kosmetik tukar hidung tukar mata? Itu belum cukup dahsyat sebab manusia setakat tukar hidung ...