AKU MALAS

AKU MALAS
Kemalasan mengamit jemari sehingga merasakan apa yang di hati perlu dicoret. Pengertian akan makna malas itu hanya menjelaskan kepada rasa yang wujud untuk aku bergerak dikala enggan lagi berdiam diri. Ya, aku malas untuk berdiam diri. Ada yang menyatakan malas itu tidak elok, namun bagiku ia bergantung kepada pengamatan definisi malas itu dari aspek peribadi bukannya fonetik semata-mata. Sehinggakan aku terfikir untuk berhenti namun masih juga mata membaca blog ini... malas untuk berhenti? Selamat datang ke dalam blog Aku Malas, kisah di sebalik kehidupan di tanah ini.(Sarawak Blogger)

Kawan-kawan

Cinta di sebalik celcom

Salam sejahtera kepada semua yang membaca blog si pemalas ni a.k.a Aku Malas. Aku mengaku bahawa aku sedang bercinta dan ia adalah cinta jarak jauh. Jangan risau, sebab aku sedang bercinta jarak jauh bukannya menjalani cinta yang terlarang. Hehehe, aku mencintai seorang wanita yang sangat amazing dimana namanya dimulai dengan huruf L. Well, kami tak pernah bertemu melainkan hanya bercinta di sebalik nombor celcom ini sahaja.


Demikianlah permulaan intro yang aku berikan. Banyak kisah yang terjadi di sebalik telefon ini. Sememangnya setelah bercinta sekian lama tanpa bertemu dan bersemuka memang mengajar kami untuk matang. Ia juga mengajar kami untuk lebih memahami memandangkan kami langsung tak dapat bertemu disebabkan hal-hal yang tak boleh dielakkan. Setelah lebih 2 tahun bersama, aku melihat celcom ( Mana-mana operator Digi / Maxis / DLL ) sememangnya dapat menyatukan dua jiwa hanya melalui kepingan gambar, suara sistem pesanan ringkas dan banyak lagi.

Namun di sebalik kebahagiaan yang berpanjangan, adakalanya bercinta di sebalik celcom membuatkan aku terasa tak keruan. Terutamanya di saat kredit panggilan telah habis, naun aku belum puas untuk bertelefon. Apa lagi bila ada hal-hal penting yang ingin dikongsikan, namun sebarang panggilan tak dapat dibuat. Syukur sehingga ke hari ini semua itu tidak membuatkan kami membuat keputusan untuk menyerah kalah dalam percintaan ini.

Pada suatu ketika dulu, aku dan dia sedang bertelefon, dia tiba-tiba memadamkan telefon tanpa sebab. Mulanya aku merasakan ada sesuatu yang tak kena. Ku cuba membuat panggilan berkali-kali namun tak dapat walaupun tidak ada petunjuk bahawa telefon si dia dipadamkan. Aku mula berasa cemas dan risau. Namun setelah beberapa ketika, dia menelefon ku kembali, dengan nada sedih dia memarahi aku sebab aku aku angkat panggilannya. Pelik juga keadaan ini. Mungkin sistem telekomunikasi ini adakalanya ada masalah hehehe.. Adakalanya terslah faham juga dikala berkomunikasi menggunakan telefon secara berjauhan. Namun semua itu adalah asam garam bercinta.

Jadi, berikut adalah kadar panggilan yang terkini dan kalau ada yang lebih terkini aku minta maaf la sebab lampirkan yang bukan terkini. (^_^)


0 Comment:

Post a Comment

Tanya la apa sahaja, nanti aku cuba jawab sebagai pemalas. Thanks. +1 Luck pada yang comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Aku dah Tulis

Recent Posts Widget

Featured Post

FZ 150 berkepala Kawasaki Z

You ingat manusia saja dapat buat pembedahan kosmetik tukar hidung tukar mata? Itu belum cukup dahsyat sebab manusia setakat tukar hidung ...