AKU MALAS

AKU MALAS
Kemalasan mengamit jemari sehingga merasakan apa yang di hati perlu dicoret. Pengertian akan makna malas itu hanya menjelaskan kepada rasa yang wujud untuk aku bergerak dikala enggan lagi berdiam diri. Ya, aku malas untuk berdiam diri. Ada yang menyatakan malas itu tidak elok, namun bagiku ia bergantung kepada pengamatan definisi malas itu dari aspek peribadi bukannya fonetik semata-mata. Sehinggakan aku terfikir untuk berhenti namun masih juga mata membaca blog ini... malas untuk berhenti? Selamat datang ke dalam blog Aku Malas, kisah di sebalik kehidupan di tanah ini.(Sarawak Blogger)

Kawan-kawan

Dah mula rasa takut log in Facebook

Sejak akhir-akhir ni laman sosial terkenal kita Facebook seolah-oleh menjadi laman menjaja maklumat segera. Seperti mee segera, cepat tersedia namun tak menyihatkan. Berlambak maklumat di dalam laman web tersebut yang membikin aku berasa tak selamat lagi. Dari isu sebarkan gambar fitnah sehingga isu kutuk agama dan negeri terjadi di dalam facebook.

 Gambar 1. Hehehe.. banyak betul benda macam ni, ni antara sebab aku rasa gerun. Bukan nak provoke u all. Cuma nak kongsikan kesedaran akan kepentingan penyatuan etnik dalam negara majmuk kita.



 Gambar 2. Maaf semua, bukan nak jadi batu api. Agak kecewa apabila nabi kita diperlekehkan. Dimana silapnya Facebook. Adakah mereka menyokong benda ni? tak ada yang lapor kah?


Namun aku ambik ringan jer sebab aku percaya benda di dalam facebook tu cuma berlaku di sana. Namun rasa dendam tu boleh terbawa-bawa oleh mereka yang tak cukup matang untuk menggunakan facebook. Ye la, kalau isu sensetif mula disebarkan di dalam facebook dan kesahihannya belum tentu betul. Bahaya tu, bayangkan kalau rusuhan berlaku gara-gara tu. Alamak, takutnya aku. Rasa malas nak sibuk.. so aku blogging la petang ni. Saya takut membaca status individu yang tertentu di dalam facebook' adakalanya terlalu melampau.

Gambar 3. Ini tak seharusnya terjadi. Mengapa kita harus saling membenci? Saya harap anda bukanlah antara mereka yang menyokong tindakan ini. Banyak jalan penyelesaian yang baik selain dari menanam benih kebencian.  


Aku kongsikan semua ini untuk menyedarkan kita semua akan dunia internet sememangnya bukan untuk orang yang tidak matang dan mudah terpengaruh. Ia juga tak sesuai untuk anak-anak yang tidak dipantau oleh penjaga. Kerajaan telah lama menyedari perkara ini, maun tidak mudah untuk menguat kuasakan undang-undang jika rakyat asyik membantah. Namun, internet merupakan keperluan penting pada zaman ini. Seharusnya pendidikan berkaitan cara penggunaan internet harus dijalankan di peringkat rumah lagi agar golongan muda kita tak terjebak dengan perkara yang tak elok di dunia maya.

0 Comment:

Post a Comment

Tanya la apa sahaja, nanti aku cuba jawab sebagai pemalas. Thanks. +1 Luck pada yang comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Aku dah Tulis

Recent Posts Widget

Featured Post

FZ 150 berkepala Kawasaki Z

You ingat manusia saja dapat buat pembedahan kosmetik tukar hidung tukar mata? Itu belum cukup dahsyat sebab manusia setakat tukar hidung ...