AKU MALAS

AKU MALAS
Kemalasan mengamit jemari sehingga merasakan apa yang di hati perlu dicoret. Pengertian akan makna malas itu hanya menjelaskan kepada rasa yang wujud untuk aku bergerak dikala enggan lagi berdiam diri. Ya, aku malas untuk berdiam diri. Ada yang menyatakan malas itu tidak elok, namun bagiku ia bergantung kepada pengamatan definisi malas itu dari aspek peribadi bukannya fonetik semata-mata. Sehinggakan aku terfikir untuk berhenti namun masih juga mata membaca blog ini... malas untuk berhenti? Selamat datang ke dalam blog Aku Malas, kisah di sebalik kehidupan di tanah ini.(Sarawak Blogger)

Kawan-kawan

Antara Impian Lelaki Biasa Sepertiku Simple

Impian banyak jenis. Ada yang Impian ni untuk jangka masa panjang dan ada yang untuk jangka pendek. Namun kategori ini aku namakan sebagai impian jangka masa pendek la. Sebab ia merupakan impian yang menandakan aku mula masuk ke alam pekerjaan, biarlah aku jadikan impian ini sebagai impian yang aku biaya sendiri tanpa bantuan duit mak ayah aku. Mempersembahkan! Impian si pemalas! Aku nak Superbike!


Pertamanya aku nak pilih juga yang mana berbaloi. Pertamanya aku nak memiliki Kawasaki Ninja 250r. Ni la plan aku tahun depan. Lama dah mengidam moto jenis superbike ni, sejak zaman sekolah menengah.. sejak zaman menunggang ulang alik ke rumah.. sejak beli majalah Kapcai.




Harga benda ni sekitar RM24k sahaja.. Fikir punya fikir, agak ok juga harga. Namun aku selama ini peminat enjin Honda. Sehinggakan aku mengenali Honda CBR 500R yang harganya cuma sekitar RM29k cuma tambah beberapa ribu sahaja terus aku mampu upgrade dari Enjin 250cc kepada 500cc. Well, soalnya bukanlah pada cc enjin. Tetapi pada skill memandu dan pengalaman untuk pemandu amatur superbike.





Well, kalau aku pilih motor ni, kena la upgrade lesen kepada yang lebih tinggi. Hmm.. sememangnya dari segi rekaan Kawasaki menang. Tapi aku jatuh cinta kepada Honda sebab cc dia besar dan tayar dia dapat dimodifikasi kepada yang lebih cun! Kawasaki tak perlu kacau lagi, sebab semuanya dah sweet. Tapi, CBR sememangnya mesra pengguna (Ini yang penganalisa cakap, bukan aku. Tapi aku dah test drive..wow.. aku dapat rasa ianya boleh diggunakan untuk kegunaan harian dan berlumba!) . Ok, lah..tahun depan aku tengok. Mana satu akan aku angkat.

Sumber:

0 Comment:

Post a Comment

Tanya la apa sahaja, nanti aku cuba jawab sebagai pemalas. Thanks. +1 Luck pada yang comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Aku dah Tulis

Recent Posts Widget

Featured Post

FZ 150 berkepala Kawasaki Z

You ingat manusia saja dapat buat pembedahan kosmetik tukar hidung tukar mata? Itu belum cukup dahsyat sebab manusia setakat tukar hidung ...