AKU MALAS

AKU MALAS
Kemalasan mengamit jemari sehingga merasakan apa yang di hati perlu dicoret. Pengertian akan makna malas itu hanya menjelaskan kepada rasa yang wujud untuk aku bergerak dikala enggan lagi berdiam diri. Ya, aku malas untuk berdiam diri. Ada yang menyatakan malas itu tidak elok, namun bagiku ia bergantung kepada pengamatan definisi malas itu dari aspek peribadi bukannya fonetik semata-mata. Sehinggakan aku terfikir untuk berhenti namun masih juga mata membaca blog ini... malas untuk berhenti? Selamat datang ke dalam blog Aku Malas, kisah di sebalik kehidupan di tanah ini.(Sarawak Blogger)

Kawan-kawan

Karya pameran bersama rakan sepengajian

Gambar 1. Karya kawan yang belum dihias dengan lampu.

Ini dah masuk bulan September. Ternyata bulan ini sangat busy sehinggakan malas dah nak update blog. Kalau ikutkan senarai yang rasmi, ada 56 perkara yang perlu dilangsaikan. Namun hanya 24 sahaja yang harus diberi perhatian terlebih dahulu.

Gambar 2. Antara Kerja yang harus dilangsaikan.
Namun syukur kerana baru beberapa hari lepas aku telah melalui program yang paling grand dalam sejarah study di sini. Iaitu pameran yang wajib dikelolakan oleh pengajian Seni visual di IPGKS Miri!! Ok, jom tengok sedikit sebanyak gambar yang berkaitan dengan pameran.

Gambar 3. Bersama rakan sepengajian. Aku tak ada baju merah.

Gambar 4. Jadi pemandu pelancong.Hahah!

Gambar 5. Bersama karyaku.

Gambar 6. Antara kesan pencahayaan. Thanks To AJK Kurator Serena Clare.

Kami semua.
Sekian sahaja wahai kawan2 semua. Aku nak update benda lain pulak. Heheh, selamat menyambut hari Malaysia esok. (^_^) Jangan buta sejarah ok.. Selamat berblogging.

0 Comment:

Post a Comment

Tanya la apa sahaja, nanti aku cuba jawab sebagai pemalas. Thanks. +1 Luck pada yang comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Aku dah Tulis

Recent Posts Widget

Featured Post

FZ 150 berkepala Kawasaki Z

You ingat manusia saja dapat buat pembedahan kosmetik tukar hidung tukar mata? Itu belum cukup dahsyat sebab manusia setakat tukar hidung ...