AKU MALAS

AKU MALAS
Kemalasan mengamit jemari sehingga merasakan apa yang di hati perlu dicoret. Pengertian akan makna malas itu hanya menjelaskan kepada rasa yang wujud untuk aku bergerak dikala enggan lagi berdiam diri. Ya, aku malas untuk berdiam diri. Ada yang menyatakan malas itu tidak elok, namun bagiku ia bergantung kepada pengamatan definisi malas itu dari aspek peribadi bukannya fonetik semata-mata. Sehinggakan aku terfikir untuk berhenti namun masih juga mata membaca blog ini... malas untuk berhenti? Selamat datang ke dalam blog Aku Malas, kisah di sebalik kehidupan di tanah ini.(Sarawak Blogger)

Kawan-kawan

Kes 20 sen lain punya cerita

Dah beberapa minggu kita kecoh dengan kenaikan harga minyak, aku tak kisah sangat la sebab anak kucing aku tak guna minyak. Minyak naik aku boleh terima harganya, namun kalau makanan naik harga, alamak kecoh jadinya. Kali ini aku nak kongsikan pengalaman yang ehem..ehem.. bukan la marah cuma nak kongsikan akan berbezanya zaman sekarang dan dulu. Ye la, ada banyak kata harga barang sekarang naik sangat, gaji pun naik. Rasanya aku tak perlu ulas tentang hal ekonomi sebab aku x arif dalam bidang tu. Jom lihat gambar yang aku maksudkan dengan tajuk enteri hari ini.

Rasanya 20sen untuk beli gula batu atau keropok atauuu kuih dari makcik kantin lebih berbaloi. Ni macam melampau jer, cokelat beberapa biji 20sen? Hahaha! mungkin sebab cokelat tu cokelat import. Sedap ke?

0 Comment:

Post a Comment

Tanya la apa sahaja, nanti aku cuba jawab sebagai pemalas. Thanks. +1 Luck pada yang comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Aku dah Tulis

Recent Posts Widget

Featured Post

FZ 150 berkepala Kawasaki Z

You ingat manusia saja dapat buat pembedahan kosmetik tukar hidung tukar mata? Itu belum cukup dahsyat sebab manusia setakat tukar hidung ...