AKU MALAS

AKU MALAS
Kemalasan mengamit jemari sehingga merasakan apa yang di hati perlu dicoret. Pengertian akan makna malas itu hanya menjelaskan kepada rasa yang wujud untuk aku bergerak dikala enggan lagi berdiam diri. Ya, aku malas untuk berdiam diri. Ada yang menyatakan malas itu tidak elok, namun bagiku ia bergantung kepada pengamatan definisi malas itu dari aspek peribadi bukannya fonetik semata-mata. Sehinggakan aku terfikir untuk berhenti namun masih juga mata membaca blog ini... malas untuk berhenti? Selamat datang ke dalam blog Aku Malas, kisah di sebalik kehidupan di tanah ini.(Sarawak Blogger)

Kawan-kawan

Kita membiaya penjenayah

Gambar 1. Lebih mewah hidup di penjara daripada merempat tepi jalan.

Adakalanya aku terfikir bahawa tujuan negara2 maju untuk memberikan gaji kepada orang yang miskin dan tiada rumah adalah untuk membuktikan bahawa mereka mampu menghidupkan rakyat mereka. Aku pun tahu Brunei adalah antara negara yang memberikan wang kepada mereka yang tak berkerja ( tak mampu ).

Gambar 2. Brunei membantu orang yang miskin.
Adakalanya aku memikirkan nasib-nasib insan yang malang, mereka yang merempat tiada rumah tak makan. Adakah mereka sengaja melakukan jenayah di masa kelak gara-gara ingin tinggal di dalam penyara yang memberikan mereka katil, makanan, tandas, air, kawan dan banyak lagi? Mengapa kita tak membiaya orang miskin? Kita berikan mereka peluang pekerjaan. Kalau dah tak mampu sangat pun, bagi makan pun cukup. Ia sudah memadai untuk mengembirakan hati mereka.

Nampaknya memanga da penjenayah sengaja melakukan jenayah kerana nak dimasukkan ke dalam penjara. Bagi mereka penjara adalah syurga dan kehidupan. Lebih baik daripada merempat dan tiada kehidupan di luar sana.


Mereka lebih rela dipenjara untuk mendapatkan makan dan minum serta tempat tidur yang sempurna. Mereka sememangnya berfikiran pendek. Memang kerana rekod jenayah lampau ini, mereka akan sukar mendapat pekerjaan. Namun ia bukanlah satu masalah bagi mereka sebab mereka sememangnya telah ditolak dan direject oleh masyarakat. Jika kita menerima mereka dengan berani, ini tak akan berlaku. Ada yang sengaja mencuri buku di kedai untuk dipenjara, mereka tak merbahaya sebenarnya. Mereka hanya manusia yang berfikiran pendek yang perlukan  bimbingan.

Lihatlah lelaki di atas, beliau sengaja memecahkan tingkap sahaja.. bukannya membunuh. Agar dipenjara selama setahun untuk mendapatkan makan dan minum serta tempat tidur yang cukup. :) Jadi persoalannya, Kita nak biaya penjenayah? Dimana penyelesaiannya..? Sekian.

0 Comment:

Post a Comment

Tanya la apa sahaja, nanti aku cuba jawab sebagai pemalas. Thanks. +1 Luck pada yang comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Aku dah Tulis

Recent Posts Widget

Featured Post

FZ 150 berkepala Kawasaki Z

You ingat manusia saja dapat buat pembedahan kosmetik tukar hidung tukar mata? Itu belum cukup dahsyat sebab manusia setakat tukar hidung ...