AKU MALAS

AKU MALAS
Kemalasan mengamit jemari sehingga merasakan apa yang di hati perlu dicoret. Pengertian akan makna malas itu hanya menjelaskan kepada rasa yang wujud untuk aku bergerak dikala enggan lagi berdiam diri. Ya, aku malas untuk berdiam diri. Ada yang menyatakan malas itu tidak elok, namun bagiku ia bergantung kepada pengamatan definisi malas itu dari aspek peribadi bukannya fonetik semata-mata. Sehinggakan aku terfikir untuk berhenti namun masih juga mata membaca blog ini... malas untuk berhenti? Selamat datang ke dalam blog Aku Malas, kisah di sebalik kehidupan di tanah ini.(Sarawak Blogger)

Kawan-kawan

Bersama En. Cimui si kucing Asrama

Sengaja nak kongsikan gambar mendodoi kucing sampai tidur di sofa asrama IPGKS Miri. Sebenarnya x boleh memelihara kucing. Tapi kami tak pelihara pun, kucing ini yang datang tiba-tiba. Tak kan kami bunuh terus kucing ni kan? Biasanya pihak pengurusan akan meminta syarikat yang menangkap haiwan untuk membawa kucing liar sebegini setelah dilaporkan. Kucing yang telah ditangkap akan dibawa ke pet store di sekitar miri. Lepas tu tak tahu lah nasibnya, ada orang beli atau tak. Harap-harap tak dijadikan lauk jika tidak dituntut lebih dari 30 hari. Jom lihat En. Cimui sleep..

En. Cimui tidur.

Tidur-tidur ayam kot?

Kaki di dagu.

Shhh.. jangan bising.

Mata masih terbuka.

Hahahaha! Jom kacau dia.

Nyenyak betul.

Sofa dan jari jadi katilnya.

Aduh, dipegang pun masih nak tidur?

Letih agaknya.

Eh? Terjaga dah? Mata tu bersinar..

Oww.. nak tangkap jari aku ya..

Aku nak tengok sampai bila kucing kecil ni ada di asrama ni. Lagipun aku ni dah final sem. Tak tahu la apa nasib kucing ni nanti. Dengar cerita kucing ni hari tu dah jatuhkan external harddrive kawan aku. Habis semua movie dan tugasan dalam benda tu hilang. Susah juga kalau nak jaga tetamu yang tak diundang seperti En. Cimui ni. Komitment kami di sini adalah study bukan jaga kucing.. sesekali main dengan En. Cimui juga dapat melepaskan tension setelah berhempas pulas study buat tugasan. Nakal kucing ni..seronok layan..

0 Comment:

Post a Comment

Tanya la apa sahaja, nanti aku cuba jawab sebagai pemalas. Thanks. +1 Luck pada yang comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Aku dah Tulis

Recent Posts Widget

Featured Post

FZ 150 berkepala Kawasaki Z

You ingat manusia saja dapat buat pembedahan kosmetik tukar hidung tukar mata? Itu belum cukup dahsyat sebab manusia setakat tukar hidung ...