AKU MALAS

AKU MALAS
Kemalasan mengamit jemari sehingga merasakan apa yang di hati perlu dicoret. Pengertian akan makna malas itu hanya menjelaskan kepada rasa yang wujud untuk aku bergerak dikala enggan lagi berdiam diri. Ya, aku malas untuk berdiam diri. Ada yang menyatakan malas itu tidak elok, namun bagiku ia bergantung kepada pengamatan definisi malas itu dari aspek peribadi bukannya fonetik semata-mata. Sehinggakan aku terfikir untuk berhenti namun masih juga mata membaca blog ini... malas untuk berhenti? Selamat datang ke dalam blog Aku Malas, kisah di sebalik kehidupan di tanah ini.(Sarawak Blogger)

Kawan-kawan

Gambar dari masa lampau

Ini merupakan tahu terakhir aku di IPGKS Miri. Sempat juga melihat perubahan yang dilalaui oleh Institusi Pendidikan Guru ni. Sedang syok-syok membelek album lama, terjumpa juga beberapa keping gambar yang mengingatkan aku kembali akan perjalan 5 tahun setengah di sini. Dengar cerita, sekarang masa pendidikan di semua IPG dan disingkatkan kepada 5 tahun sahaja. Jom lihat gambar...

Inilah keadaan bilik aku semasa kali pertama berada di IPGKS, Miri ini. Biasa la banyak gambar sebab minat benda visual. Lagipun aku dilatih menjadi Guru Seni Visual. Kena kembangkan bakat berkaitan dengan seni la. Banyak seni ni, tak termasuk seni masakan la..hehehe..

Antara karya yang aku buat pada tahun 2011 dulu.

Gambar pameran bersama beberapa karya aku. Gambar gadis berpakaian tradisional tu dan menyumpit.

Di depan Maktab a.k.a IPGKS Miri ni ada pantai. Jarang lepak kat sana. Ni la antara gambar bersama rakan-rakan time senja di pantai tersebut.

Ini asrama kami. Cantiknya pemandangan langit dikala tengah hari. Berangin sebab tepi pantai. HEhehe..

Ada juga mall yang terletak sekitar 3km untuk beli barangan keperluan. Siapa dalam gambar tu? Hahaha, aku la tu..

Aku bersama roomate sedang memperagakan hasil karya topeng kami. Macam predator dan helmet robot pulak.

Senario bila menghadapi ujian. Kena bertungkus lumus ya.. jangan bolgging dan FB jer.

Rakan-rakan yang dikasihi. Lepas tahun ni, semua orang akan bawa haluan masing-masing. Semoga menjadi guru yang sangat luar biasa dan unik. Terbaik dari ladang Miri Sarawak. Hehehe. Demikianlah sedikit sebanyak kehidupan seorang manusia yang belajar untuk menjadi guru di tanah Sarawak ni. Niat memang nak menjadi pendidik yang hebat dan unik, bukan semata-mata kerana gaji. Gaji yang paling berharga akan diterima di dunia Abadi kelak.

2 Comment:

hainom OKje said...

Sangat kreatif awak AM.....
Seronok bila dah nak habiskan AM....moga menjadi pendidik yg berdedikasi.

AkuMalas said...

@hainom OKjeThanks, kita cuba yang terbaik untuk anak bangsa!

Post a Comment

Tanya la apa sahaja, nanti aku cuba jawab sebagai pemalas. Thanks. +1 Luck pada yang comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Aku dah Tulis

Recent Posts Widget

Featured Post

FZ 150 berkepala Kawasaki Z

You ingat manusia saja dapat buat pembedahan kosmetik tukar hidung tukar mata? Itu belum cukup dahsyat sebab manusia setakat tukar hidung ...