AKU MALAS

AKU MALAS
Kemalasan mengamit jemari sehingga merasakan apa yang di hati perlu dicoret. Pengertian akan makna malas itu hanya menjelaskan kepada rasa yang wujud untuk aku bergerak dikala enggan lagi berdiam diri. Ya, aku malas untuk berdiam diri. Ada yang menyatakan malas itu tidak elok, namun bagiku ia bergantung kepada pengamatan definisi malas itu dari aspek peribadi bukannya fonetik semata-mata. Sehinggakan aku terfikir untuk berhenti namun masih juga mata membaca blog ini... malas untuk berhenti? Selamat datang ke dalam blog Aku Malas, kisah di sebalik kehidupan di tanah ini.(Sarawak Blogger)

Kawan-kawan

Gambar Rahsia "Oppa Dog Style" Di Setap Samsung Ori

Hai, lama dah aku tak menulis blog. Sebab aku telah ditahan oleh beberapa agensi di IPGKS, Miri dan laptop aku dirampas gara-gara spelling aku selalu bermasalah semasa menaip. Yup, aku jarang semak ejaan aku! hahahaha! Tapi sekarang aku dah berubah. ( Lawak jer tu ) Aku gemar pula menyemak perkataan pula.. ok, ( Ni bukan lawak ) berbalik kepada tajuk.
 
*#0*#

Sensor
Image Test

 GAMBAR RAHSIA DI SETIAP SAMSUNG SMARTPHONE ORIGINAL!! 
U all tahu bahawa di dalam setiap telefon pintar samsung adanya gambar rahsia tersembunyi? Mungkin dah ramai yang tahu, well.. bagi pengguna Samsung yang tak tahu. Aku jemput u all menjadikan diri anda tahu akan kewujudan gambar ini. HEhehe. Anda boleh mula dengan dail  *#0*#.

KONSPIRASI ATAU BIASA-BIASA JER?
Banyak persoalan ditimbulkan oleh masyarakat sejagat mengapa gambar tersebut bukannya gambar lain? Mungkin gambar tersebut memiliki unsur gurauan atau lucu memandangkan sebutannya di dalam bahasa Korea agak lucu. Dan bila orang menanyakan benda itu ada di dalam telefon anda.  Ada juga mengatakan ia adalah konspirasi sesetangah manusia yang cuba menjejaskan pendirian pengguna yang sensetif dengan isu gambar berkenaan. ( Sumber:  http://lekatlekitgurl.blogspot.com/2013/10/gadget-jenama-samsung-merosakkan-islam.html ) Anda fikirkan sendiri ya.. buat research kalau perihatin.

ADAKAH ANDA AKAN TERUS MENYOKONG SAMSUNG?
Aku tidak pasti jika gambar tersebut akan menjejaskan pemasaran produk samsung. Apa-apa pun, setakat gambar jer ia tak akan memberikan kesan. Memandangkan Window Words sebelum ini pernah dikecam oleh beberapa pihak kerana menyebarkan lambang Yahudi di dalam perisiannya. Kita tetap juga mengunakan produk berkenaan. ( Sumber : http://santikokusnulhakim.wordpress.com/2013/01/31/rahasia-font-wingdings-windows/ )

RUMUSANNYA...
Hehehehe.. apa-apa pun, kita tanyalah kepada yang pakar jika nak menggunakan produk yang memiliki unsur sebegini. Tanya la pemimpin agama, pendapat tokoh-tokoh yang berkaitan dan tanya mak ayah sebab mereka yang beri adik-adik duit beli telefon tu. Hehehe.. Jangan terus lempar pulak telefon samsung korang lepas ni. Jangan bertindak membaby butee..Bye2.

0 Comment:

Post a Comment

Tanya la apa sahaja, nanti aku cuba jawab sebagai pemalas. Thanks. +1 Luck pada yang comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Aku dah Tulis

Recent Posts Widget

Featured Post

FZ 150 berkepala Kawasaki Z

You ingat manusia saja dapat buat pembedahan kosmetik tukar hidung tukar mata? Itu belum cukup dahsyat sebab manusia setakat tukar hidung ...