AKU MALAS

AKU MALAS
Kemalasan mengamit jemari sehingga merasakan apa yang di hati perlu dicoret. Pengertian akan makna malas itu hanya menjelaskan kepada rasa yang wujud untuk aku bergerak dikala enggan lagi berdiam diri. Ya, aku malas untuk berdiam diri. Ada yang menyatakan malas itu tidak elok, namun bagiku ia bergantung kepada pengamatan definisi malas itu dari aspek peribadi bukannya fonetik semata-mata. Sehinggakan aku terfikir untuk berhenti namun masih juga mata membaca blog ini... malas untuk berhenti? Selamat datang ke dalam blog Aku Malas, kisah di sebalik kehidupan di tanah ini.(Sarawak Blogger)

Kawan-kawan

3 Perkara Mengagumkan Di Kawasan Gunung Kinabalu

Ini merupakan perkongsian tentang duniaku semasa melancong ke Sabah. Jika aku tak ke sana, tentu sehingga ke hari ini aku masih memandang rendah akan keadaan sebenar kehidupan manusia di sekitar kaki Gunung Kinabalu. Di sini aku nak kongsikan 3 perkara yang aku pelajari:

Macam dekat jer tapi jauh

Awan yang sangat rendah.

Kesejukan di rumah tumpangan. Menyesal pakai baju nipis.
1. Awan kelihatan sangat rendah. Seperti boleh digapai, tapi wujud dalam bentuk wap. Jangan ingat keadaan tersebut menyenangkan. Bayangkan kenderaan anda bertutup tingkap dan tidak menggunakan pendingin udara, anda masih kesejukan juga..

2. Keadaan malam yang teramat sejuk sehinggakan fantasi aku selama ini menjadi realiti. Akhirnya aku berjaya melihat wap keluar dari mulut aku ketika bernafas. Ke tandas merupakan satu cabaran, sebab air paip pada malam hari teramatlah sejuk sehinggakan membuat tulang anta terasa sakit kerana kesejukan.

3. Gunung yang dilihat sebenarnya sangat jauh. Ingatkan dah nak sampai, namun perjalanan menggunakan kenderaan selama 3 jam menanti. Jauh.. walaupun gunung tu berada di depan anda sahaja.

0 Comment:

Post a Comment

Tanya la apa sahaja, nanti aku cuba jawab sebagai pemalas. Thanks. +1 Luck pada yang comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Aku dah Tulis

Recent Posts Widget

Featured Post

FZ 150 berkepala Kawasaki Z

You ingat manusia saja dapat buat pembedahan kosmetik tukar hidung tukar mata? Itu belum cukup dahsyat sebab manusia setakat tukar hidung ...