AKU MALAS

AKU MALAS
Kemalasan mengamit jemari sehingga merasakan apa yang di hati perlu dicoret. Pengertian akan makna malas itu hanya menjelaskan kepada rasa yang wujud untuk aku bergerak dikala enggan lagi berdiam diri. Ya, aku malas untuk berdiam diri. Ada yang menyatakan malas itu tidak elok, namun bagiku ia bergantung kepada pengamatan definisi malas itu dari aspek peribadi bukannya fonetik semata-mata. Sehinggakan aku terfikir untuk berhenti namun masih juga mata membaca blog ini... malas untuk berhenti? Selamat datang ke dalam blog Aku Malas, kisah di sebalik kehidupan di tanah ini.(Sarawak Blogger)

Kawan-kawan

Impian dan keinginan diteruskan dengan ER-6N


Banyak kawan aku tanya, apa yang aku buat lepas habis study di IPG Sarawak? Jawapan aku mudah sahaja, mengejar impian aku satu persatu. Apa impian aku? Nanti aku senaraikan la, mungkin ia membantu anda untuk memahami jenis lelaki macam aku pada zaman sekarang. Buat masa ni aku ingin mengejar impan seterusnya iaitu memiliki sebuah motorsikal idaman yang boleh aku gunakan lebih dari 5 tahun.

Kawasaki ER-6N dan abangnya Kawasaki ER-6F sememangnya sudah lama mencuri tumpuan aku. Namun pandangan aku dialihkan seketika kerana kemunculan Kawasaki Ninja 250 2013. Perubahan yang ketara pada kawasaki 250 sememangnya mendorong aku untuk memilikinya. Rekaan yang menarik dan bersesuaian dengan kegunaan harian menambat minat jiwaku.

Namun, pada 2014 ( Tahun depan ) Kawasaki telah memperkenalkan produk ER-6N yang telah dimurnikan lagi rekaannya. Sekali pandang membuatkan aku teringatkan Ducati Diavel 1000cc. Sememangnya rekaan yang ala-ala eksotik itu membuatkan aku jatuh hati padanya. Jom lihat rekaan tersebut.

KAWASAKI ER-6N






DUCATI DIAVEL

Sebagai tambahan, harga Kawasaki ER-6N adalah sekitar Rm35K. Kira dalam lingkungan kemampuan yang tak melampau la. Aku akan cuba untuk memilikinya dalam jangka masa yang sesuai, sebelum zaman remaja dan hebat ini berlalu. Harga Ducati Diavel pula sekitar Rm120k, alamak.. agak mahal.

0 Comment:

Post a Comment

Tanya la apa sahaja, nanti aku cuba jawab sebagai pemalas. Thanks. +1 Luck pada yang comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Aku dah Tulis

Recent Posts Widget

Featured Post

FZ 150 berkepala Kawasaki Z

You ingat manusia saja dapat buat pembedahan kosmetik tukar hidung tukar mata? Itu belum cukup dahsyat sebab manusia setakat tukar hidung ...