AKU MALAS

AKU MALAS
Kemalasan mengamit jemari sehingga merasakan apa yang di hati perlu dicoret. Pengertian akan makna malas itu hanya menjelaskan kepada rasa yang wujud untuk aku bergerak dikala enggan lagi berdiam diri. Ya, aku malas untuk berdiam diri. Ada yang menyatakan malas itu tidak elok, namun bagiku ia bergantung kepada pengamatan definisi malas itu dari aspek peribadi bukannya fonetik semata-mata. Sehinggakan aku terfikir untuk berhenti namun masih juga mata membaca blog ini... malas untuk berhenti? Selamat datang ke dalam blog Aku Malas, kisah di sebalik kehidupan di tanah ini.(Sarawak Blogger)

Kawan-kawan

Kawasaki Kembar Tapi Tak serupa ER-6N & ER-6F


Kawasaki telah menampilkan jentera 600cc iaitu ER-6 yang dipecahkan kepada 3. Bukannya 2 orang kembar. Sebab Kawasaki Versys memiliki DNA yang serupa dengan mereka jika dinilai dari aspek rangka dan enjin. Mari kita lihat keindahan jentera yang mempu memecut sehingga 250km/j. Amboi.. kelajuan tu nak guna macam mana di jalan raya mencabar dan bengkang bengkok kat Sarawak ni? Hanya yang pakar dapat memecut laju.. Hahaha! Kat Bintulu rasanya banyak jalan lurus. Hehehe.. Gambar di bawah merupakan kembar-kembar ER.
KAWASAKI ER-6N

KAWASAKI ER-6F
KAWASAKI VERSYS
Jika dihayati ketiga-tiga jentera tersebut, terdapat banyak persamaan yang anda boleh kesan. Antaranya Enjen, Peredam, Tayar dan rekaan penyerap hentakan mono belakang. Apa yang pasti, Kawasaki Versys telah digagahkan lagi dengan banyak kelebihan kerana ia merupakan jentera yang direka untuk jalan yang ganas! Sebelum menamatkan penulisan kali ini, aku sertakan juga sedikit sebanyak rekaan ER-6N dan ER-6F, sekian.







Sumber:
http://www.kawasaki.eu


0 Comment:

Post a Comment

Tanya la apa sahaja, nanti aku cuba jawab sebagai pemalas. Thanks. +1 Luck pada yang comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Aku dah Tulis

Recent Posts Widget

Featured Post

FZ 150 berkepala Kawasaki Z

You ingat manusia saja dapat buat pembedahan kosmetik tukar hidung tukar mata? Itu belum cukup dahsyat sebab manusia setakat tukar hidung ...