AKU MALAS

AKU MALAS
Kemalasan mengamit jemari sehingga merasakan apa yang di hati perlu dicoret. Pengertian akan makna malas itu hanya menjelaskan kepada rasa yang wujud untuk aku bergerak dikala enggan lagi berdiam diri. Ya, aku malas untuk berdiam diri. Ada yang menyatakan malas itu tidak elok, namun bagiku ia bergantung kepada pengamatan definisi malas itu dari aspek peribadi bukannya fonetik semata-mata. Sehinggakan aku terfikir untuk berhenti namun masih juga mata membaca blog ini... malas untuk berhenti? Selamat datang ke dalam blog Aku Malas, kisah di sebalik kehidupan di tanah ini.(Sarawak Blogger)

Kawan-kawan

Kulit seperti buih bukan aneh (Neurofibromatosis)


Di negara kita, penghidap Neurofibromatosis (NF) biasanya menyendiri dan mengelak untuk berinteraksi dengan masyarakat kerana mereka sering dikaitkan dengan sumpahan. Sememangnya masyarakat kita masih berpegang kuat dengan kepercayaan lama dan sering kita menidakkan penjelasan dari aspek saintifik. NF merupakan penyakit yang berlaku disebabkan mutasi genetik dan ia tidak berjangkit. Penyakit ini hanya wujud disebabkan faktor baka. 

One parent has neurofibromatosis, his or her children have a 50% chance of developing the condition as well (it is rarely the case that one person has the mutated gene twice, which would imply a 100% chance of their children developing NF).


Contoh keadaan pesakit NF.

Penyakit ini tiada penawar. Ia hanya dapat dirawat melalui pengurangan tisu badan yang bertambah. Biasanya pembedahan merupakan pilihan untuk membantu pesakit mengurangkan beban tisu yang makin membesar. Namun ia bukanlah pilihan yang terbaik, kerana NF merupakan pembentukan tumor, dan tumor tersebut bersatu dengan saraf yang mengandungi saluran darah. Pendarahan yang teruk biasanya berlaku semasa rawatan.
Pendarahan yang teruk sememangnya kerap berlaku semasa proses pembedahan membuang tisu NF.

Tumor yang bersatu dengan saraf.

Pembedahan membuang tisu dan membentuk semula muka.

Kempen mengenai NF jarang kita dengar di negara kita. Tetapi di Amerika, kempen yang berterusan mengenai penyakit ini sering diadakan. Ia penting untuk memupuk kesedaran akan ciri-ciri penyakit ini yang tidak berjangkit. Ia juga memperbaiki tanggapan masyarakat kepada penghidap penyakit ini.

Sumber:

1 Comment:

Anonymous said...

Klu tuhan tu adil... knapa ada org yg trkena penyakit mcm ni..penyakit yg memalukan....jd apa yg ustaz bg ceramah..kta semua penyakit ada ubat...tu semua bohong kan..penyakit ni tk de ubat...aku slh seorg yg tkena penyakit ni..dan aku rasa tuhan sngt tidak adil..kejam...sukr aku nk hdup.diskriminasi...tuhan tk adil

Post a Comment

Tanya la apa sahaja, nanti aku cuba jawab sebagai pemalas. Thanks. +1 Luck pada yang comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Aku dah Tulis

Recent Posts Widget

Featured Post

FZ 150 berkepala Kawasaki Z

You ingat manusia saja dapat buat pembedahan kosmetik tukar hidung tukar mata? Itu belum cukup dahsyat sebab manusia setakat tukar hidung ...