AKU MALAS

AKU MALAS
Kemalasan mengamit jemari sehingga merasakan apa yang di hati perlu dicoret. Pengertian akan makna malas itu hanya menjelaskan kepada rasa yang wujud untuk aku bergerak dikala enggan lagi berdiam diri. Ya, aku malas untuk berdiam diri. Ada yang menyatakan malas itu tidak elok, namun bagiku ia bergantung kepada pengamatan definisi malas itu dari aspek peribadi bukannya fonetik semata-mata. Sehinggakan aku terfikir untuk berhenti namun masih juga mata membaca blog ini... malas untuk berhenti? Selamat datang ke dalam blog Aku Malas, kisah di sebalik kehidupan di tanah ini.(Sarawak Blogger)

Kawan-kawan

Not a Karate Hero..

My sensei
Pada pandangan masyarakat, sesiapa yang menyertai Karate biasanya orangnya kasar. Begitu juga mana-mana mereka yang menyertai kelab yang mengajar ilmu berkaitan dengan disiplin mempertahankan diri. Pada hakikatnya, sepanjang aku mendalami ilmu Karate, rasanya ia bukanlah tentang bertempur. 80% yang aku pelajari adalah berkaitan dengan falsafahnya 10% adalah teknikal 10% lagi amalannya.
Aku dan kawan2. Where is me? hahaha.. (Middle 1st frm Right)
 
Sensei dari Sabah sedang memberi ilmu.
Demo cara blocking.. Erk, salah lengan budak tu.


Sempai2 a.k.a Senior2 dari Curtin Miri.

Watchaa!!

Karate yang aku sertai adalah Karate Shito-Ryu. Aliran ini memperkenalkan kerharmonian dalam pergerakan tanpa melupakan elemen unik karate sedunia iaitu keunikan Ka'ta (Kata) Sanchin. Ka'ta bermaksud gerakan atau bunga yang akan menjadi buah kepada pertempuran. Dalam Kata, terdapatnya falsafah pergerakan fizikal yang berkaitan dengan kehidupan dan ketenangan jiwa. Pergerakan yang dipermudahkan menjadikannya senjata yang hebat. Namun, jika jiwa tidak tenang, tidak-tanduk akan membawa kepada kemusnahan. 
Respect to the creator.
Sensei sedang menilai prestasi.
Budak2 pun ikut sama? wow.. No computer game no I-Pad.
Seperti Sensei Angelo Tin telah ajar, Teknik yang terhebat adalah tahap seseorang itu mempu mengalahkan musuh tanpa mencederakannya. Ternyata karate ini bukanlah laluan yang menuju kemusnahan melainkan keseimbangan dan ketenangan yang membawa kepada sifat saling memaafkan serta memahami.
Have a great time at Kenshinkan Dojo Miri.
Listen...
 Sepanjang aku belajar karate, bukanlah warna tali pinggang yang menjadi snjungan melainkan hubungan akrab yang terjalin antara rakan dan guru. Mereka banyak membantu aku dalam memahami tujuan memiliki kehidupan di dunia yang penuh cabaran ini. In the end, I realize... menyertai karate bukanlah laluan untuk menjadi hero melainkan untuk menemukan ketenangan. Dari ketenangan itulah Hero itu muncul.. Its already in you.. in every each of us..

0 Comment:

Post a Comment

Tanya la apa sahaja, nanti aku cuba jawab sebagai pemalas. Thanks. +1 Luck pada yang comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Aku dah Tulis

Recent Posts Widget

Featured Post

FZ 150 berkepala Kawasaki Z

You ingat manusia saja dapat buat pembedahan kosmetik tukar hidung tukar mata? Itu belum cukup dahsyat sebab manusia setakat tukar hidung ...