AKU MALAS

AKU MALAS
Kemalasan mengamit jemari sehingga merasakan apa yang di hati perlu dicoret. Pengertian akan makna malas itu hanya menjelaskan kepada rasa yang wujud untuk aku bergerak dikala enggan lagi berdiam diri. Ya, aku malas untuk berdiam diri. Ada yang menyatakan malas itu tidak elok, namun bagiku ia bergantung kepada pengamatan definisi malas itu dari aspek peribadi bukannya fonetik semata-mata. Sehinggakan aku terfikir untuk berhenti namun masih juga mata membaca blog ini... malas untuk berhenti? Selamat datang ke dalam blog Aku Malas, kisah di sebalik kehidupan di tanah ini.(Sarawak Blogger)

Kawan-kawan

Panggilan Temuduga SPP. Jom Melancong ke Kuching!

 
Selamat pagi, agak ganjil bila aku tulis entri pada masa sebegini iaitu sebelum tengah hari. Sebab aku biasanya menulis enteri tengah malam jer. Ni disebabkan satu panggilan daripada En. Azalizan a.k.a En. Teng yang memaklumkan aku tentang temu duga SPP! Kemudian En. Hashimie telah memberikan link yang amat penting kepada semua guru pelatih yang bakal ditemuduga. Yup, semua PISMP dari IPGM tidak lama lagi ditemu duga.
 
Mata mengecil membaca tajuk dokumen.
Antara keperluan yang perlu disediakan.
 Tanpa diduga temuduga tersebut diadakan awal dan berdasarkan borang semakan persediaan temu duga ada dimaklumkan bahawa, "Sekiranya belum memiliki diploma pendidikan disebabkan belum konvokesyen calon dikehendaki membawa transkrip akademik yang mencatatkan status tamat pengajian atau surat pengesahan bergraduat." 2 Persoalan yang timbul selepas mengetahui akan kejaidian ini adalah: 1. Dimana tempat aku ditemu duga? 2. Persediaan bagaimana? Yang pasti, temu duga tersebut bertempat di Kuching dan bermula pada 2 Desember 2013.
 
Gambar Pengajian. Bersama yang bakal ditemuduga. Good Luck! Do ur best!
Syabas kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Pembelajaran Malaysia dan mana-mana kementerian yang terlibat kerana telah memaklumkan tarikh temu duga ini dengan awal dan jelas. Keadaan ini banyak membantu guru pelatih IPGM untuk bersedia dikala semangat masih segar dimasa cuti dan semangat kekitaan IPGM masih terasa selepas keluar dari kampus beberapa minggu yang lalu.Ok, berikut merupakan link untuk jadual temu duga [Jadual1] [Jadual2] [Jadual3] [Jadual4] [Jadual5] dan link untuk senarai semak [Semakan].

Sumber:

0 Comment:

Post a Comment

Tanya la apa sahaja, nanti aku cuba jawab sebagai pemalas. Thanks. +1 Luck pada yang comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Aku dah Tulis

Recent Posts Widget

Featured Post

FZ 150 berkepala Kawasaki Z

You ingat manusia saja dapat buat pembedahan kosmetik tukar hidung tukar mata? Itu belum cukup dahsyat sebab manusia setakat tukar hidung ...