AKU MALAS

AKU MALAS
Kemalasan mengamit jemari sehingga merasakan apa yang di hati perlu dicoret. Pengertian akan makna malas itu hanya menjelaskan kepada rasa yang wujud untuk aku bergerak dikala enggan lagi berdiam diri. Ya, aku malas untuk berdiam diri. Ada yang menyatakan malas itu tidak elok, namun bagiku ia bergantung kepada pengamatan definisi malas itu dari aspek peribadi bukannya fonetik semata-mata. Sehinggakan aku terfikir untuk berhenti namun masih juga mata membaca blog ini... malas untuk berhenti? Selamat datang ke dalam blog Aku Malas, kisah di sebalik kehidupan di tanah ini.(Sarawak Blogger)

Kawan-kawan

Senja Mencintai Kucing

Dalam meniti panorama kehidupan yang dibanjiri pelbagai pemikiran sehinggakan keperluan dan kehendak berperangan sesama sendiri di dalam jiwa, moleknya aku melemparkan pemandangan aku ke realiti duniaku di pedalaman ini. Bukan bandar mahupun metropolitan apa lagi bandaraya mega menjadi sanjungan. Aku henya mendambahkan suasana malas yang tenang di pekan yang jauh dari porak poranda bandar namun tetap terconnect dengan pencawang dunia tanpa batas iaitu tenologi komunikasi.

Kucing memberikan ketenangan, malahan ia mengubat jiwa lara lalu mendorong tubuhku merembeskan endorphin untuk aku memperoleh kesenangan dalam menghadapi hari yang gemuruh. Mana tak nya, cuti ini banyak juga program. Dengan adanya kucing yang buta bahasa, aku boleh berkonsi cerita dalam bahasa masing-masing. Walaupun tidak faham akan ngiaunya, aku tetap memetik buah ketenangan dari kehadirannya menemani aku menempuhi hari-hari yang entah aku tak tahu jelaskan. jom hayati pemandangan bersama kucingku..





Have a great day everyone, penuhi hari anda dengan detik-detik yang bermakna. Thanks for blogwalking ke Aku Malas.

0 Comment:

Post a Comment

Tanya la apa sahaja, nanti aku cuba jawab sebagai pemalas. Thanks. +1 Luck pada yang comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Aku dah Tulis

Recent Posts Widget

Featured Post

FZ 150 berkepala Kawasaki Z

You ingat manusia saja dapat buat pembedahan kosmetik tukar hidung tukar mata? Itu belum cukup dahsyat sebab manusia setakat tukar hidung ...