AKU MALAS

AKU MALAS
Kemalasan mengamit jemari sehingga merasakan apa yang di hati perlu dicoret. Pengertian akan makna malas itu hanya menjelaskan kepada rasa yang wujud untuk aku bergerak dikala enggan lagi berdiam diri. Ya, aku malas untuk berdiam diri. Ada yang menyatakan malas itu tidak elok, namun bagiku ia bergantung kepada pengamatan definisi malas itu dari aspek peribadi bukannya fonetik semata-mata. Sehinggakan aku terfikir untuk berhenti namun masih juga mata membaca blog ini... malas untuk berhenti? Selamat datang ke dalam blog Aku Malas, kisah di sebalik kehidupan di tanah ini.(Sarawak Blogger)

Kawan-kawan

Saiz CBR500 & CBR250 Depan Mata

Beberapa hari yang lalu aku berjalan di sekitar bandar dan terserempak motor idamanku. Hey!! Aku minat jenama Honda dari dulu lah, yup.. walaupun aku selalu bercakap mengenai Kawasaki. Bukan apa, aku bukannya curang pada kawasaki atau Honda atau mana-mana jenama yang anda kenali, aku selesa meneliti semua jenama moto dan mengetahui kualiti setiap jentera. Lebih baik menjadi pengguna yang bijak dengan mengetahui setiap produk secara kritikal. Apa-apa pun, berdasarkan banyak faktor, aku merasakan motor CBR ini sesuai untuk menjadi jentera amatur untuk ku, mungkin suatu masa kelak aku akan upgrade kepada kawasaki kemudian ke Ducati.

Dengan adanya peluang melihat kedua-dua jentera CBR ini, aku akhirnya dapat melihat perbezaan dari aspek saiz untuk CBR500 dan CBR250 ini. Ikhlas dari lubuk hati ini aku menyatakan bahawa saiz jentera ini hampir sama jika dari aspek panjang dan ketinggian. Mungkin disebabkan faktor standart ketinggian dan keselamatannya kot? Yang paling ketara perbezaannya adalah saiz tayar sahaja. CBR500 memiliki tayar yang lebih besar. Hehehe!!




Sekian sahaja penlisan untuk kali ini. Semoga anda tahu yang saiz dua jentera ni tak jauh sangat beza. Sebagai tambahan, Jentera CBR Honda seemangnya memiliki reputasi yang baik jika berhadapan dengan keadaan jalan  raya yang kasar dan x rata. Ini kenyataan bikers Sarawak yang pernah try motor ni di jalan yang agak..hmm..faham2 je la kalau bab test ride di jalanraya mencabar di Sarawak. Sekian. (^_^)

0 Comment:

Post a Comment

Tanya la apa sahaja, nanti aku cuba jawab sebagai pemalas. Thanks. +1 Luck pada yang comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Aku dah Tulis

Recent Posts Widget

Featured Post

FZ 150 berkepala Kawasaki Z

You ingat manusia saja dapat buat pembedahan kosmetik tukar hidung tukar mata? Itu belum cukup dahsyat sebab manusia setakat tukar hidung ...