AKU MALAS

AKU MALAS
Kemalasan mengamit jemari sehingga merasakan apa yang di hati perlu dicoret. Pengertian akan makna malas itu hanya menjelaskan kepada rasa yang wujud untuk aku bergerak dikala enggan lagi berdiam diri. Ya, aku malas untuk berdiam diri. Ada yang menyatakan malas itu tidak elok, namun bagiku ia bergantung kepada pengamatan definisi malas itu dari aspek peribadi bukannya fonetik semata-mata. Sehinggakan aku terfikir untuk berhenti namun masih juga mata membaca blog ini... malas untuk berhenti? Selamat datang ke dalam blog Aku Malas, kisah di sebalik kehidupan di tanah ini.(Sarawak Blogger)

Kawan-kawan

Honda CBR250 mudah untuk kegunaan umum


Dengan jentera 250cc dari Honda ini, Kawasaki ninja 300c/250cc sememangnya memiliki pesaing dan teman rapat dalam kategori motosikal sebegini. Sememangnya semua peminat motorsikal sudah tahu akan kekuatan jentera Kawasaki 250/300cc sememangnya tidak dapat diduga jika dikira dari top speed dengan enjen  2 silindernya jika dibandingkan dengan Honda 250cc dengan satu silinder.

Anggaran Top Speed berdasarkan komentar MotoUSA dan rakan-rakan bikers.
Kawasaki 250cc 172km/j
Honda CBR 250cc 158km/j


Namun, aku yakin Honda memiliki sasarannya terhadap pengguna iaitu keselesaan menunggang dan penjimatan minyak yang terunggul. Dengan jentera 250cc ini, pengguna muda atau amatur dalam dunia motorsikal sebegini dapat menikmati keseronokan menungang motor sebegini. CBR250cc menjanjikan tungangan dan pengendalian di jalan raya yang sangat lancar. Dengan saiz dan rangka yang padat ia sememangnya direka untuk keselesaan. Tidak kurang juga dengan Kawasaki 250/300cc yang sporty dan gempak. Tunggangan yang lebih ganas sememangnya mampu memenuhi kekuatan enjen 2 silinder tersebut walaupun ia lebih sukar dikendalikan di laluan yang berselekoh jika dibandingkan dengan CBR250cc.


Dengan modal Rm20,00 anda sudah pasti mempu memiliki jentera CBR250c ini. Manakala Kawasaki 250cc anda boleh jinakkan dengan kadar 5 ribu lebih mahal dari jentera CBR tersebut. Ia bergantung dengan gaya pemanduan dan tujuan anda memilikinya. Sekian.

0 Comment:

Post a Comment

Tanya la apa sahaja, nanti aku cuba jawab sebagai pemalas. Thanks. +1 Luck pada yang comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Aku dah Tulis

Recent Posts Widget

Featured Post

FZ 150 berkepala Kawasaki Z

You ingat manusia saja dapat buat pembedahan kosmetik tukar hidung tukar mata? Itu belum cukup dahsyat sebab manusia setakat tukar hidung ...