AKU MALAS

AKU MALAS
Kemalasan mengamit jemari sehingga merasakan apa yang di hati perlu dicoret. Pengertian akan makna malas itu hanya menjelaskan kepada rasa yang wujud untuk aku bergerak dikala enggan lagi berdiam diri. Ya, aku malas untuk berdiam diri. Ada yang menyatakan malas itu tidak elok, namun bagiku ia bergantung kepada pengamatan definisi malas itu dari aspek peribadi bukannya fonetik semata-mata. Sehinggakan aku terfikir untuk berhenti namun masih juga mata membaca blog ini... malas untuk berhenti? Selamat datang ke dalam blog Aku Malas, kisah di sebalik kehidupan di tanah ini.(Sarawak Blogger)

Kawan-kawan

Iswara Lama



Iswara 1.3 ini merupakan kenderaan yang paling dekat denganku sepanjang aku belajar di IPG. Namun aku harus sedar bahawa ia bukanlah sebuah kereta lama, melainkan hadiah dari Ibu. Syukur sebab beberapa kali kemalangan akhirnya kereta ini makin berubah. HEhe, pertama dulu selepas kemalangan.. badan kereta ini terpaksa dicat semula. Kemudian disebabkan kemalangan kedua, bumber pula terpaksa diganti. Sayangnya bumper yang pertama dulu, sporty habis.. sekarang pakai yang biasa2. Namun, disebabkan tangan aku gatal dan dengan idea bersama Mak.. akhirnya aku kasi color semula iswara ini. Lepas ni projek nak color Toyota dan Kancil bapak. Hehe.. shhhh..jangan beritahu mereka ya.

Antara kerja yang dilakukan.

Dari tepi dengan sticker baru.

Skirt tepi.

Masih menggunakan lampu lama.

Spoiler hiasan. Bukan untuk terbang pun.

0 Comment:

Post a Comment

Tanya la apa sahaja, nanti aku cuba jawab sebagai pemalas. Thanks. +1 Luck pada yang comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Aku dah Tulis

Recent Posts Widget

Featured Post

FZ 150 berkepala Kawasaki Z

You ingat manusia saja dapat buat pembedahan kosmetik tukar hidung tukar mata? Itu belum cukup dahsyat sebab manusia setakat tukar hidung ...