AKU MALAS

AKU MALAS
Kemalasan mengamit jemari sehingga merasakan apa yang di hati perlu dicoret. Pengertian akan makna malas itu hanya menjelaskan kepada rasa yang wujud untuk aku bergerak dikala enggan lagi berdiam diri. Ya, aku malas untuk berdiam diri. Ada yang menyatakan malas itu tidak elok, namun bagiku ia bergantung kepada pengamatan definisi malas itu dari aspek peribadi bukannya fonetik semata-mata. Sehinggakan aku terfikir untuk berhenti namun masih juga mata membaca blog ini... malas untuk berhenti? Selamat datang ke dalam blog Aku Malas, kisah di sebalik kehidupan di tanah ini.(Sarawak Blogger)

Kawan-kawan

Kesunyian


Aku yakini kesunyian mampu meruntuhkan pencakar langit dan meratakan gunung. Kerana ia merupakan satu perasaan yang melemahkan mana-mana manusia yang gagah sekalipun. Takala diselubungi embun kesunyian ini, cenderungnya rasa lemah itu muncul. Mungkin juga ada insan yang mengambil kesempatan atau ada juga yang cuma memahami penjuru hidup seseorang dikala sunyi itu, kerana tepat pada waktu itulah dirinya merendahkan egonya untuk mencari cebisan-cebisan kehidupan.

Apakah perwakilan rasa sunyi dengan gambar?
Banyak yang merasakan kesunyian itu boleh diubati segera. Namun bagiku, ia bukanlah semudah kopi segera 3 in 1. Kesunyian itu membawa kesejukan dalam segenap kehidupan. Tidak banyak pilihan untuk aku menghilangkan kesunyian meainkan duduk dan emtik gitar membunyikan bunyi yang aku sendiri tidak fahami. Sememangnya kesunyian itu sukar untuk aku jelaskan kosongnya.

Namun dikala wujud kesunyian itu, aku mula mengenali siapa diri aku. Lalu aku sedari aku hanyalah makhluk Tuhan yang kecil siap dengan jutaan misteri emosi yang tidak pernah aku rungkai. Cuma dikala sunyi sahaja aku menyedari betapa emosinya aku, betapa sensetif, peka, terdedah dan lembut hatiku. Aku yakin, hidup sememangnya bermusim dan berputar seakan roda. Adanya kita perlu merasakan kebahagiaan takala berata di puncak dunia, ada masanya juga kita merasakan hidup ini terjerumus dalam lautan hitam lemas menunggu masa berlalu. Yang pasti, aku cuba bertahan menuruti perintah Sang Pencipta.

Dipinggirkan seketika membuat aku sedar akan rumput dan lalang di kaki.

Sememangnya aku cinta akan kesunyian itu, suka akan suasana lengang dan sentiasa mengelakkan suasana sesak dengan manusia. Mengurung diri di rumah bukanlah pilihanku, ia sememangnya sebahagian dari gayaku bernafas di dunia. Namun, kesunyian itu tidak lagi aku kehendaki sekiranya ia memakanku, sehingga punca untuk aku menyendiri makin menyakiti. Aku enggan keluar.. aku cuba terus menanti mentari yg akan menghangatkan gurun salji yg membenku.

0 Comment:

Post a Comment

Tanya la apa sahaja, nanti aku cuba jawab sebagai pemalas. Thanks. +1 Luck pada yang comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Aku dah Tulis

Recent Posts Widget

Featured Post

FZ 150 berkepala Kawasaki Z

You ingat manusia saja dapat buat pembedahan kosmetik tukar hidung tukar mata? Itu belum cukup dahsyat sebab manusia setakat tukar hidung ...