AKU MALAS

AKU MALAS
Kemalasan mengamit jemari sehingga merasakan apa yang di hati perlu dicoret. Pengertian akan makna malas itu hanya menjelaskan kepada rasa yang wujud untuk aku bergerak dikala enggan lagi berdiam diri. Ya, aku malas untuk berdiam diri. Ada yang menyatakan malas itu tidak elok, namun bagiku ia bergantung kepada pengamatan definisi malas itu dari aspek peribadi bukannya fonetik semata-mata. Sehinggakan aku terfikir untuk berhenti namun masih juga mata membaca blog ini... malas untuk berhenti? Selamat datang ke dalam blog Aku Malas, kisah di sebalik kehidupan di tanah ini.(Sarawak Blogger)

Kawan-kawan

Laluanku adalah laluan yang sunyi

Mengejar bayangan dan mimpi seperti berdiri namun tidak menyentuh tanah. Lumrah hidup bergelumang dengan rasa setia dan niat mengejar impian menjadikan aku menusukkan kunci kehidupanku pada jantungku sehinggakan aku merasakan denyut nadiku semakin halus dan aku mulai diselimuti kabus-kabus masa. Namun dalam laluan yang ku pilih ini, ada juga yang sudi menemani dalam fantasi. Realitinya aku sungguh kepingin untuk menemukan telapak tanganku yang kasar dengan telapak tangannya yang halus. Mahunya aku dibelai cahaya dikala jatuh dan lesu. Namun aku menyedari hakikat, denyut nadiku terus berdenyut kerana kuatNya. Dia yang sentiasa ada memberikan aku kelegaan dikala hatiku dicuri oleh manusia yang tak abadi.. namun ku yakini cinta dari sang kekasih itu abadi jua jika ku doakan sepanjang masa. 8.8.2011



0 Comment:

Post a Comment

Tanya la apa sahaja, nanti aku cuba jawab sebagai pemalas. Thanks. +1 Luck pada yang comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Aku dah Tulis

Recent Posts Widget

Featured Post

FZ 150 berkepala Kawasaki Z

You ingat manusia saja dapat buat pembedahan kosmetik tukar hidung tukar mata? Itu belum cukup dahsyat sebab manusia setakat tukar hidung ...