AKU MALAS

AKU MALAS
Kemalasan mengamit jemari sehingga merasakan apa yang di hati perlu dicoret. Pengertian akan makna malas itu hanya menjelaskan kepada rasa yang wujud untuk aku bergerak dikala enggan lagi berdiam diri. Ya, aku malas untuk berdiam diri. Ada yang menyatakan malas itu tidak elok, namun bagiku ia bergantung kepada pengamatan definisi malas itu dari aspek peribadi bukannya fonetik semata-mata. Sehinggakan aku terfikir untuk berhenti namun masih juga mata membaca blog ini... malas untuk berhenti? Selamat datang ke dalam blog Aku Malas, kisah di sebalik kehidupan di tanah ini.(Sarawak Blogger)

Kawan-kawan

Menghapus Bosan

Takala kebosanan menelan melodi kehidupan. Terasa mentari teramat sejuk. Tiada yang lebih membekukan takala berjauhan dari penguasa hatiku. Demikianlah kisah serigala yang menangisi rembulan, tidak ditemani burung-burung melainkan pekat malam. Sememangnya kebosanan ini akan terhapus dengan adanya sms dari pemilik hati. Semudah itu sahaja perkara yang bersuara halus di hatiku. Tiada lebih, hanya cuba menjadi manusia biasa di dalam tubuh yg sementara ini. Ya, nikmati kebaikan selagi ada masa. Kerana kematian itu adalah pasti dan ia datang seperti pencuri. Kita tak akan menduga masanya. Oleh itu izinkan aku melukis seketika untuk mengurangkan kebuntuan hatiku dalam penantian ini.




Menyapu debu yang berada di hujung pena menyedari 15minit berlalu begitu sahaja, well.. I feel beter now.
,。・:*:・゜’( ω )。・:*:・゜ 

0 Comment:

Post a Comment

Tanya la apa sahaja, nanti aku cuba jawab sebagai pemalas. Thanks. +1 Luck pada yang comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Aku dah Tulis

Recent Posts Widget

Featured Post

FZ 150 berkepala Kawasaki Z

You ingat manusia saja dapat buat pembedahan kosmetik tukar hidung tukar mata? Itu belum cukup dahsyat sebab manusia setakat tukar hidung ...