AKU MALAS

AKU MALAS
Kemalasan mengamit jemari sehingga merasakan apa yang di hati perlu dicoret. Pengertian akan makna malas itu hanya menjelaskan kepada rasa yang wujud untuk aku bergerak dikala enggan lagi berdiam diri. Ya, aku malas untuk berdiam diri. Ada yang menyatakan malas itu tidak elok, namun bagiku ia bergantung kepada pengamatan definisi malas itu dari aspek peribadi bukannya fonetik semata-mata. Sehinggakan aku terfikir untuk berhenti namun masih juga mata membaca blog ini... malas untuk berhenti? Selamat datang ke dalam blog Aku Malas, kisah di sebalik kehidupan di tanah ini.(Sarawak Blogger)

Kawan-kawan

Diari Cikgu Ina Blogger Di Pedalaman

Saya terjumpa satu blog yang agak lama dah tak diupdate. Tapi, maklumat di dalam tersebut sangat menarik dan membantu aku untuk memahami suasana sekolah yang bakal aku tuju. SK Nanga Ju, Julau. Untuk pengetahuan anda, sekolah ini adalah sekolah pedalaman yang jauh dari bandar. Jom baca Diari seorang guru wanita ini.

2010-Diam tak diam dah dekat sebulan dah aku bertugas kat sekolah baru aku iaitu sk. Long Lapok....emmm sesekali aku ada gak teringat kat sekolah lama aku iaitu Sekolah Kebangsaan Nanga Ju, Julau...setahun jugak la aku kat situ walaupun sekolah tu jauh nun di pedalaman yang memerlukan aku naik perahu selama 5 atau 6 jam aku tetap suka dan akan ingat selalu sebab sekolah tu lah sekolah pertama aku bertugas sebagai guru dan disitulah aku meraikan hari guruku yang pertama.....banyak kenangan2 manis aku kat sana...kalau nak tau aku n ayu(posting kat sekolah tu sama ngan aku) adalah guru perempuan pertama kat sekolah tu sejak ditubuhkan. jadi secara tak langsung budak2 pun agak rapat ngan kami weekend selalu ajak kami p kutip pucuk paku..sesekali kami ikut jugak tapi kadang2 tu takut sebab tempat tu ada oink..oink...kalau musim kemarau diorg ajak kami tangkap ikkan buntal n tengkuyung (ala rupa dia cam siput).....tapi yang tak tahannyer kalau musim kemarau kena angkut air dari sungai..fuh,...fuh..penat....lagi satu untuk pengetahuan kami selalu cuci pakaian n mandi kat sungai ngan org2 rumah panjang.....he..he.. teringat kat indai2 yg selalu ikut kami mandi sungai.....masa mandi ada gak indai2 tu bagi buah durian, buah nenas, sayur cangkuk, cabai etc.... kami ni dah jadi macam part of the comunity rumah pjg tu dah....


Satu lagi kenangan yang tak dapat dilupakan ialah masa naik perahu nak kuar n masuk sekolah.. Bayangkan masa mula2 posting,,aku xpernah naik perahu tup2 kena naik perahu yg kecil dan xder bumbung dan ditengah2 perjalanan hujan turun dengan lebatnya dah la masa tu xder baju hujan dan aku menangis sepanjang perjalanan sampai sekolah baju kami dah kering bayangkan bertapa jauh perjalanan kami......tapi itu first2 naik perahu la tapi skrg aku lebih suka naik perahu dari naik kereta...huhu....tapi keadaan akan jadi berlainan masa kemarau...perjlnan dari jeti entabai ke sekolah akan jadi 8 hingga 9 jam sebab air terlalu kering dan bila sampai di tempat air yang cetek kami terpaksa terjun dan tolak perahum (tapi kalu org pempuan tak payah tolak perahu he..he..) tapi yang paling best ialah waktu makan dimana kami akan singgah di karangan sungai untuk makan konon2 macam RnR la lepas makan baru teruskan perjalanan balik...aku nak sangat ucapkan terima kasih kepada guru-guru dan kakitangan SK. Nanga Ju. 



Segala tunjuk ajar n budi baik akan aku kenang. untuk kawan2 sebantal masa kat Ng Ju iaitu Aini n Ayu miss u all tak lupa gak pada kak kon yang sudi menumpangkan kami tido kat bilik yg comel tuh.he..he... tapi aku terkilan sket la dengan guru baru yang bakal mengantikan aku kat sekolah tu tak mau datang...menurut ayu sampai sekarang dia tak datang...emmmm tak taulah aku apa masalah dia nak kata takut naik perahu dia lelaki..jadi malula..aku yg pempuan ni bleh takkan dia xbleh....mungkin dia tak kenal lagi kot.....yer la bak kata rg tua2 dulu tak kenal makan tak cinta tol tak...he..he..rasa macam naik lenguh dah la jari-jemari aku nih...stop kat cni jer lah kalu nak citer lagi pasal sekolah lama aku eok pon tak habis....emmmm... 
Nukulan: http://kapurkapurhidup.blogspot.com

2 Comment:

Nazayiena Ayiena said...

SLMT BERTUGAS DI SITU...

AkuMalas said...

@Nazayiena AyienaThanks. (^_^) Saya akan bertugas dengan sebaik yg mungkin. (^u^)Smile.

Post a Comment

Tanya la apa sahaja, nanti aku cuba jawab sebagai pemalas. Thanks. +1 Luck pada yang comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Aku dah Tulis

Recent Posts Widget

Featured Post

FZ 150 berkepala Kawasaki Z

You ingat manusia saja dapat buat pembedahan kosmetik tukar hidung tukar mata? Itu belum cukup dahsyat sebab manusia setakat tukar hidung ...